12 March 2019

Pertama Kali Demam Panas

12 Mac 2019.

Kelmarin dan semalam (10 - 11 Mac 2019), pertama kali anak demam panas. Kesian, asyik melekat je dengan Mama & Papanya, merengek sebab panas dalam badan kot. Mula dedau panas di bahagian kepala sejak bangun tidur Subuh Ahad. Kami masih dalam keadaan berjaga-jaga, tanya adik dia kata kalau dah lepas 37.5C, baru berikan ubat demam. Kami mandikan dengan air suam, feathering eo lemon diluted dengan V-6 di sepanjang tulang belakang dan sapu eo peppermint diluted juga dengan V-6 di tapak kaki. Setiap 1 jam check suhu...masih dalam range 3.73-37.4...lepas beberapa jam, bila check suhu dah naik ke 37.6, terus berikan ubat sirap demam. Nasib baik anak jenis tak meragam bila diberikan ubat guna syringe. Lepas 4 jam, suhu badan turun bawah 36C, anak pun nampak aktif semula dan dah tak meragam.

Ahad tengah malam, sebelum tidur check suhu, naik balik....lepas satu jam, check balik suhu, naik ke 37.7C. Terus bagi lagi sekali ubat cecair sirap demam. Dalam pukul 4.00 pagi check balik suhu dah turun ke 36.6C. Pagi Isnin tu terus maklumkan pejabat yang aku EL hari tu sebab nak monitor suhu badan anak. Memang sepanjang Ahad dan Isnin tu aku tak putus-putus breastfeed anak dengan kerap. Aktiviti oiling anak masih diteruskan bagi melancarkan proses healingnya. Alhamdulillah, berselang jam check suhu, dah tak naik lagi sampai pagi Selasa. 

Pertama kali anak demam, aku jadi hati tisu. Rindu gelak ketawa dia dan muka ceria anak. Bila tengok dia dah aktif balik dan boleh tergelak ketawa, memang meleleh la airmata kesyukuran mak dia ni.

2 comments:

  1. alhamdulillah..sihat dah dia..hati mak kan..tisu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tapi lepas anak sihat, mak ayah dia pulak tewas dengan selsema, batuk....huhuhu....bertabahlah! Sejak jadi Mak ni, hati lebih sensitif....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)