23 March 2017

Turun Berat & Period Datang

23 Mac 2017.

Kedatangan satu hari lagi yang sememangnya perlu disyukuri. Alhamdulillah, hari ini kembali kepada CD1 setelah hampir 85 hari menunggu kedatangan period bagi tahun 2017. Syukur juga period kali ini datang tanpa dipaksa dengan sebarang ubat turun haid, hanya fokus pada menurunkan berat badan bermula bulan Januari sehingga kini.

Bermula pada 9 Mac 2017 (hari ketiga Persidangan DUN), aku dah mula rasa breast sore. Jadi macam dah boleh jangka period akan datang dalam tempoh 14 hari atau 2 minggu. Ye, tepat-tepat 14 hari, pagi tadi tengah layan anak-anak kucing bermain sementara nak bersiap ke tempat kerja, tiba-tiba rasa basah semacam je kat bawah. Tengok-tengok dah turun darah haid. Alhamdulillah!

Bagi kes PCOS macam aku ni, hanya dengan penurunan berat badan je yang boleh bantu stabilkan semula kitaran haid. Pagi semalam naik penimbang, berat terkini adalah 77.8KG. Berat pada awal Januari 2017 adalah sebanyak 81.9KG.

Pesanan Penaja Untuk Diri Sendiri:
1) Time-time period ni bukan lesen besar untuk makan ikut nafsu ye! Memang la orang kata hormon orang period ni haywire dan sentiasa rasa lapar. Tapi pepandai la kawal nafsu makan, lebih elok makan je macam biasa; jaga portion makanan.

2) Minum air secukupnya, paling kurang 3 liter atau kalau mampu minum jangan lebih 5 liter air masak. Minum air pun boleh kurangkan selera makan sebab akan sentiasa kenyang.

3) Senaman! Yeaa.....senaman jangan lupa atau jangan tinggal langsung. Aktifkan diri tu sikit. Memang best melayan rasa period cramp dan lenguh-lenguh pinggang tapi dari terbaring je, baik la lompat2 sikit keluar peluh. 


4 comments:

  1. Betul yani..kes PCOS macam kita, banyak baca dri group kat FB kena turunkan berat badan..Ramai yang berjaya stabilkan period bila berat turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fieza, Yani ni bukti nyata kes berkaitan PCOS, obes dan period tak teratur. Dulu masa berat turun sampai 61KG, period memang turun setiap bulan tanpa makan ubat. Bila berat naik mencanak balik, memang terus jadi haywire balik. Last period 3 Januari 2017, bayangkan sekarang bulan Mac baru period datang balik? Itu pun nasib baik Yani berdiet dan dapat turunkan sedikit KG, kalau kekal naik berat badan....hurm, ntah la...

      Delete
  2. good luck awak,,sy yakin allah psti akan bg ganjaran pada mereka yg sentiasa berusaha,,kes pcos sy plak darah haid terlalu bnyk shgga berbelas2 hr..smpai kn mkn ubt bg stop haid..dinding rahim terlalu tebal..so sy usaha trunkan berat dari 91kg ke 77kg.tp dgn bantuan ubat dan exercise..
    sekadar perkongsian jgk,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah usaha awak berbaloi dengan kehadiran cahayamata...tahniah! Doakan saya juga berjaya hamil selepas ini...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)