01 September 2016

Jogging Merdeka 31 Ogos 2016


1 September 2016.

Cuti umum hari kemerdekaan semalam, kami suami isteri menyambung aktiviti jogging di taman perumahan. Mula pun agak lewat sebab masing-masing tertidur. Huhuhu...tapi alhamdulillah la, dapat juga selesaikan larian sejauh 3.1KM walaupun kilometer ke-2 kaki kanan aku cramp gile sebab tak cukup buat warm-up sampai terpaksa jalan perlahan-lahan.


Ini bukan trek jogging 10K yang biasa kami gunakan, terpaksa cari alternatif lain sebab lewat petang langit dah mendung dan hujan renyai dah mula turun. Kalau guna trek tu, mungkin dapat jogging 5-6KM dah semalam....tak pe la, jangan tamak...kaki nak guna lama kan?


Sikit je lagi dah nak genapkan sasaran 10 ribu langkah sehari tu....

Malam tadi juga, kami suami isteri buat kerja gila pergi daftar lagi satu 10KM virtual run....huhuhu...jadinya, dalam tempoh sebulan ni kena habiskan larian sejauh 20KM. Gile wei gile....tapi bagus juga ada virtual run ni, konsep dia lebih selesa nak diikuti; anywhere & anytime. Janji cukup sebulan selesai 10KM larian....jadi kita tak terikat dengan jadual sangat.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)