31 Ogos 2016.
Lepas register 10KM virtual run dengan suami, masing-masing bersemangat nak selesaikan larian tu sesegera mungkin. Bebudak opis ada yang dah start aktiviti beriadah di hutan rekreasi Ayer Keroh secara berkumpulan sejak beberapa bulan ni. Jadi, suami pun ajak ke sana untuk cuba trek larian di hutan rekreasi tu.
Dengan hanya berbekal 30 minit lebih selepas balik kerja, kami suami isteri bersiap tukar pakaian sukan dan kasut jogging di opis masing-masing sebelum ke sana. Memang dah agak lewat sebenarnya tapi alhamdulillah kawasan hutan rekreasi ni masih hidup dengan orang ramai yang beriadah sehingga jam 7.15 malam. Trek larian 10K langkah memang menarik, cuma agak berbahaya dari segi keadaan jalan tar yang agak berlumut dan lembab.
Sasaran berjalan kaki melebihi 6K langkah pun dapat dipenuhi. Kena displin diri untuk capai 10K langkah pula selepas ini dan kekalkan momentum tersebut.
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)