29 August 2016

Habib Bazar Merdeka 2016 : Tambah Koleksi Emas 916


29 Ogos 2016.

Gara-gara ternampak status bergambar kawan dalam FB kelmarin tentang loket emas 916 edisi khas merdeka di Habib Jewels, akhirnya aku pun terjebak sama membeli...huhuhu. Rupa-rupanya iklan promosi Habib Bazar Merdeka 2016 ini sudah mula ke udara melalui Buletin Utama TV3 pada 26 Ogos 2016 lagi. Patutlah ramai dah tahu dan menyerbu outlet Habib Jewels pada 27 Ogos, aku je yang baru alert itupun sebab tengok gambar di FB kawan sekampung.


Outlet Habib Jewels di Mydin MITC Ayer Keroh adalah salah satu outlet yang menawarkan promosi Bazar Merdeka ini.


Sebanyak 12 outlet yang terlibat, hanya 1 daripadanya (Habib Ampang Point, Selangor) yang menawarkan 100 unit loket dijual setiap hari. Melaka adalah salah satu baki dari 11 outlet yang menawarkan 50 unit loket setiap hari sehingga 31 Ogos 2016. Jadi memang beratur panjang dan bersesak masing-masing merebut peluang menambah koleksi emas 916.


Disebabkan stok terhad, setiap pembelian loket emas 916 di Habib Jewels dihadkan kepada seorang pembeli beserta satu pendaftaran kad pengenalan. Kalau nak beli lebih, perlu ditunjukkan kad pengenalan yang lain.


Selain loket emas 916, terdapat juga promosi subang mutiara (RM59), anting-anting mutiara (RM89) dan juga loket emas putih (RM59) untuk edisi khas kali ini.


Alhamdulillah, dapat juga beli loket emas 916 berharga RM88 ini selepas menanti lama di outlet Mydin MITC Ayer Keroh. Kebetulan hari ini cuti ada appointment di Poliklinik, selesai sahaja urusan terus ke Habib Jewels untuk mencuba nasib.

Comel je loket emas ni, sesuai untuk rantai bayi. Berat sekitar 0.37gram. Dua design bunga raya yang berbeza bagi setiap paparan loket emas. Buat masa ini, ini adalah emas 916 yang pertama aku beli sendiri dalam usaha nak mempelbagaikan koleksi emas 916 dan 999 dalam simpanan, tapi keutamaan adalah pada emas 24K iaitu emas 999.

Korunk yang minat kumpul emas bolehlah ke Habib Jewels selagi promosi masih ada; dari 27 Ogos - 31 Ogos 2016 ini. Ingat nak repeat beli loket emas ini lagi tapi tengoklah kalau rajin nak bersesak beratur panjang masa cuti 31 Ogos nanti....huhuhu~

2 comments:

  1. Replies
    1. Anim, sempat lagi kalau nak beratur beli kat Habib Jewels....promosi sampai esok tau! Try cari kat outlet Habib Jewels yang terlibat....tak semua outlet buat promosi ni tau....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)