24 Ogos 2016.
CD3 hari ini.
Makin panjang pulak cycle day period kali ini, sampai 49 hari. Simptom breast pain mula terasa pd CD36 (8 Ogos 2016), genap 14 hari....period datang. Period lepas, cycle day 44 hari. Urghh..malas nak fikir dah.
CD2 dan CD3 hari ini melayan sakit pinggang dan period flow yang meriah. Jadinya memang setiap masa dok ulit 2 benda ni; minyak DD CSiti dan juga hot cream. Lega sikit bila sapu dua-dua benda ni kat bawah perut dan belakang pinggang.
Sakit pinggang ni kan...rasa macam nak baring je sepanjang hari. Serba tak kena nak duduk kat kerusi, lenguh je rasa. Malam masa tidur, terbangun 2-3 kali sebab rasa perut senak...tapi bila duduk je, terasa period keluar meriah dan banyak. Mungkin sebab berbaring agak lama, dia 'bertakung' tak keluar..siap-siap alas tilam dengan kain batik takut tembus pula.
take care ye
ReplyDeleteInshaAllah...terima kasih ye..
DeleteYani, baru start ka pakai cream tu?
ReplyDeleteDah dekat 2 minggu lebih pakai ST...hot cream dgn minyak DD boleh pakai masa period juga..sangat membantu..
Delete