31 May 2016

Bila Besan Arwah Mak Hantar Friend Request....Oppss!

31 Mei 2016.

Hahahahaha......alamak! Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Itulah dilema yang aku hadapi sekarang.
Out of the blue, besan arwah Mak hantar friend request pula. Ayoyo....
Whatsapp kat adik bongsu, tunjuk snapshot friend request tu, terus dia gelak.
Lagi la aku gelabah bila adik aku kata mak mertua dia rajin comment status FB. Gagagagaga...nehi kabi nehi la aku nak accept friend request kalau macam tu.

Kadang bila new feed FB dibanjiri dengan benda-benda yang menyesakkan dada; aku hidekan je latest update certain friendlist. Bukan apa, dari aku meluat, menyampah dan bercakap tak elok dalam hati, lebih baik la out of my view. FB je la media sosial yang aku ada, instagram + twitter + segala macam mak nenek media sosial aku tak de. Semak la. Ambik iktibar dari pengalaman berbual dengan seorang tenaga pengajar ICT dari France yang pernah mengajar aku tahun lepas; even dia ni orang hebat IT, satu akaun media sosial pun dia tak ada. Nothing. Memang susah nak cari info pasal dia kat internet. Sebelum dia datang Malaysia, aku adalah google nama dia untuk tengok any details pasal dia. Kosong. Yang keluar pun hanya nama dia sahaja dalam carian Google.

Aku ada tanya dia, kenapa tak ada akaun FB?
Dia kata tak perlu. As simple as that.
Yang kita-kita ni, baru taip sikit...berlambak info, gambar keluar!
Tak cukup dengan FB, lambakkan pula gambar kat instagram, tulis mengarut-mengarut kat twitter. Kadang gambar zaman jahiliyyah pun masih tak buang. Ayoyo....

P/s: Aku yang orang IT pun tak kuasa nak ada banyak akaun media sosial. Retweet mende pun aku tak tahu. 

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)