14 March 2016

Koleksi Pencuci Muka


14 Mac 2016.

Dah jadi macam satu tabiat plak, kumpul pencuci muka. Sebenarnya aku bukanlah jenis pengumpul pencuci muka tegar tapi aku jenis kalau solat kat luar especially masa keluar berjalan atau di shopping complex mesti bawa sekali pencuci muka dalam handbag. Aku tak puas kalau cuci muka "kosong" macam tu je atau setakat gosok lap dengan tisu, rasa kulit muka masih tak bersih 100 peratus.

Tempat yang wajib aku letak pencuci muka; di pejabat, dalam kereta, di rumah mertua dan dalam handbag. Tapi itulah dia, kang kalau dah terbawa keluar atau salah letak pencuci muka sedia ada dalam handbag...mengagau nak cari balik kalau ada kat shopping complex. Alamatnya...memang kena belilah lagi satu pencuci muka. Aku bajet pencuci muka murah-murah je. Hehehe...bajet bawah RM10 dan brand biasa. Kalau dapat harga lagi murah bawah RM5 lagi aku suka. Nasib baik ler kulit muka jenis tak demanding. Apa-apa brand pun layan.

Pencuci muka terbaru beli adalah Safi Fair Beauty tu, beli minggu lepas kat Watsons. Kadang kala tu sengaja tinggalkan pencuci muka kat dalam surau atau masjid, dengan niat untuk sedekah. Sebab aku faham, ramai juga yang alami situasi yang sama macam aku ni. Nak solat tapi tak selesa dengan kebersihan.

P/s: Antara banyak-banyak pencuci muka kat atas tu, aku paling suka pencuci muka  Safi Sari Susu Manggis tu sebab bau buah manggis yang wangi. Pencuci muka yang aku tinggalkan di pejabat. Pencuci muka kat rumah kami suami isteri adalah skin bar Ephyra. 

6 comments:

  1. wah...i kt opis x cuci muka pun...pencuci muka ada kat umah i, umah mak i and satu lg dlm toiletries bag yg dibawa ke mana2 travel... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bila kumpul2kan satu tempat, baru perasan banyak juga pencuci muka Yani selama ni.

      Delete
  2. setuju dengan yani, safi manggis tu baunya wangi sangat... kita pernah pakai dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...tak sangka ramai juga yang suka bau pencuci muka Safi ni ye? So far ni yang paling wangi antara semua pencuci muka yang Yani ada, yang lain tu bau wangi chemical/fake.

      Delete
  3. akk pun guna safi manggis tu skrg. Dulu safi rania.. pastu buat masa ni mmg kena carik yg murah (sbb kan kalau murah ni biasanya bahan kimia tak byk kan).
    Tapi, mmg best.. wangi..pastu rasa bersih je muka. Abam Lan guna yg timun. Pun okay juga dgn muka dia. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...betul2x, yang bau timun tu pun sedap gak bau dia...kalau tak silap Yani kan, Yani start cari dan pakai Safi Sari Susu Manggis ni lepas baca blog Kak Neena Anuar tu dulu, melekat sampai sekarang plak...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)