25 February 2016

6 Buah Hati

25 Februari 2016.

Tak ada cerita menarik, kesibukan melanda hidup sepanjang bulan Februari ni. Hampir setiap hari ulang alik dari tempat mesyuarat yang terletak sejauh 50km sehala, nun menghampiri sempadan negeri Johor. Letih badan dan letih otak.

Balik-balik rumah, inilah pengubat segala kepenatan. Sedulang anak-anak kucing. 6 ekor dari 2 ibu berbeza. Pandai pulak masing-masing beranak seekor 3 anak kucing. Ni baya-baya yang masih berjalan mengigil-gigil lagi, memang best buli.  Tony, Cik Ta dan Cik Ti dari ibu yang sama. Mia, Sayang dan Manja dari ibu satu lagi.

Hehehe...seekor je jantan (Tony), yang lain semua betina. Yang jantan la paling kuat tidur, berselupat mata dengan tahi mata, satu kerja pula nak kena lap dengan tisu basah setiap hari. Ada seekor anak kucing KKU (Kucing Kurang Upaya), si Manja....masa lahir agaknya kena himpit dengan mak dia, kaki sebelah kanan dia terpeleot ke belakang. Jadi bila bergerak nampak pelik. Tapi dia lah yang paling aktif memanjat sana sini. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. sedulang kucing..
    hihi..comey je sedulang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...ni kerja suami Yani la KekDa, dia malas nak angkut sekor-sekor dari sangkar ke dalam rumah. Dia ambil dulang ayan arwah mak terus letak semua dalam dulang tu.

      Delete
  2. alololo...syok kan diorang la teman bergaduh penghibur hati ..ekekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Ros...sekarang ni tiap-tiap malam dok belek semua kittens tu lapkan mata masing-masing ....asyik tidur je, mata berselupat...hahahha

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)