03 February 2016

3.1 Miles Walk & Mini Lunch Box


3 Februari 2016.

CD2 hari ni, tak boleh tidak kena start semula bersenam setelah hampir seminggu ditinggalkan. Sampai je rumah terus buat powerwalk guna video "5K With A Twist 3.1 Miles Walk" dalam tempoh 45 minit. Ibarat kata macam buat senaman berjalan kaki sejauh 5 km...



Tertarik dengan kata-kata semangat yang terdapat pada bunting dalam video powerwalk tu;

"Walking the walk"
"Walking is man's best medicine"
"Walk yourself healthy"


Mini multifunctional cooking lunch box ni sebenarnya dah agak lama aku beli secara online waktu ramai blogger sakan review peralatan comel ni. Tapi tak pernah bukak pakai sampailah tergerak hati nak jerang nasi untuk seorang (untuk suami makan) aritu. Kalau pakai periuk nasi yang biasa, memang berkerak jadinya dasar periuk sebab beras sedikit sangat.

Alhamdulillah percubaan pertama menjerang nasi dalam bekas mini lunch box tu menjadi, elok je tak melekat kat bekas dan nasi kelihatan moist. Bila dah yakin dan dah faham cara mini lunch box berfungsi, inshaAllah aku bercadang nak bawa mini lunch box ni ke pejabat untuk masak lauk tengahari yang ringkas dan mudah. Macam biasa lah, setiap hari Jumaat kami suami isteri tak makan tengahari bersama memandangkan waktu rehat yang agak terhad dan suami solat Jumaat. Rasanya nak cuba buat tomyam campur atau sup ayam dengan sayuran untuk makan tengahari aku di pejabat hari Jumaat ni.

2 comments:

  1. oh. mmg hehari lunch sama ke korang? Except jumaat yer.. huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah hari-hari dating dengan kekasih halal kalau tak ada hal, KekDa....baru hampir 2 tahun dapat berdating tengahari, sebelum ni hubby kerja jauh dari tempat kerja Yani...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)