27 April 2015.
Dari hari ke sehari nak buat susu badam ni, asyik bertangguh. Hari Jumaat lepas, lepas balik kerja singgah AEON dengan suami. Beli barang-barang dapur, masa lalu aisle organik, ambil sebekas kecil badam.
Petang Sabtu, rendamkan 1 cawan kacang badam ni semalaman sampai awal pagi Ahad. Bilas balik badam tu, masukkan 7 biji kurma, sesudu madu dan sesudu kecil esen vanila serta 4 cawan air masak. Lepas tu blend sampai semuanya lumat. Keluarkan dan tapis + perah susu badam. Hampas badam dan kurma tu aku tak terus buang, aku simpan untuk buat lempeng.
4 cawan air dapat hampir 3/4 jug air, semerbak bau vanilla. Tuang sedikit dalam gelas beri kat suami dengan harapan dia boleh terima rasa susu badam tu. Alhamdulillah! Dia suka. Ingatkan susu badam ni boleh bertahan dalam fridge dua tiga hari, tapi nampaknya tidak. Tak sampai sehari dah habis sebab suami isteri dok ulang minum, kejap-kejap bukak fridge. Huhuhu....
Hampas badam dan kurma ni aku campur sedikit dengan tepung gandum, air, sedikit garam dan gula. Lepas tu buat lempeng dalam pemanggang ajaib. Sedap juga rasa lempeng ni.
Alang-alang tekak kami suami isteri boleh terima susu badam ni, aku dah simpan stok kacang badam yang beli di Mydin petang semalam.
wah...kretip yani...100% usage without waste :-)
ReplyDeleteHehe..nasib baik ramai yang pernah review cara buat susu badam kat blog, jadi ambiklah sikit ilmu yang sharing...
Deletesedap la boleh cuba ni banyak khasiat kan ?
ReplyDeleteYup, banyak khasiatnya Ros...susu lembu kan tak berapa elok untuk PCOSers, jadi boleh gantikan dengan susu badam ni.
Deletenak try juga lah. thanks yani for sharing
ReplyDeleteSama-sama Atie! Lama x dengar khabar Atie la....windu! Huhu.....Yani pun dapat ilmu ni dari blog orang lain...
Delete