11 Mac 2015.
Semalam ternampak dalam blog KathyJem ada resepi Butter Chicken, bila teringat masih ada lagi baki separuh butter dan seketul dada ayam yang masih belum berusik dalam fridge, rasa nak cuba buat kat rumah untuk bekal tengahari ni. Olah sikit resepi dengan tambah cili padi nak bagi hilang muak rasa butter semata.
Bahan-bahan :
Bawang putih (dicincang halus)
Tepung gandum
1 - 2 sudu susu pekat (Susu cair pon boleh) ----Aku tak de, so tak masukkan
2 pelepah daun kari
Dada ayam (dipotong kecil-kecil)
Butter
Telur
Tepung gandum
1 - 2 sudu susu pekat (Susu cair pon boleh) ----Aku tak de, so tak masukkan
2 pelepah daun kari
Dada ayam (dipotong kecil-kecil)
Butter
Telur
2-3 batang cili padi (optional)
Cara Memasak :
1) Celupkan ayam yang dipotong kecil dalam telur.
2) Gaulkan ayam ke dalam tepung gandum.
3) Goreng ayam hingga masak dan ketepikan sebentar.
4) Panaskan kuali dan cairkan butter sehingga cair.
5) Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
6) Masukkan satu sudu susu pekat, kalau nak tambah sesudu lagi pun boleh...aku skip step ni sebab susu pekat dah lama tak ada kat rumah ni, nak keluar semata nak beli..malas! Huhuhu....
7) Masukkan sedikit air dan gaul hingga kuah menjadi pekat, dan letak sedikit garam.
8) Bila mendidih masukkan ayam, masak sehingga memekat.
9) Taburkan daun kari dan cili padi yang dihiris halus menyerong.
bahan semua ada kecuali telo. alaaa malas beliiii... next time ade telo baru nk cuba hehehehhehe
ReplyDeleteHaah eh...x de telur susah gak nak kasi tepung lekat kat pada ayam.....huhu! Haip...orang tengah diet kurang-kurangkan makan butter ni...ternak lemak namanya nanti...
Deletenk buat jugaak la! hihihihi
ReplyDeleteSilakan Reha....hehehe! Nanti balas balik dengan senaman....
Deletesedap nya nampak nak try la
ReplyDeleteKarbie...nnt cuba ikut resepi asal betul2 ikut bahan...Yani tak letak susu pekat jadi nampak tak shiny2 mcm resepi asal...macam kusam je presentation lauk Yani ni...
Delete