19 June 2014

Pelan Yang Tidak Dirancang



19 Jun 2014.

Ye, pelan yang tak dirancang. Kebetulan adik bongsu aku nak mengurut pergelangan tangan dia yang selalu sakit. Pelan asal dia nak pergi dengan kakak aku, lepas tu dia ajak aku sekali pergi meneman.

Last minute, hanya aku, suami, adik bongsu dan anak buah, Aina je yang pergi. Ingatkan kakak aku dah siap-siap call nenek Kiah tu beritahu nak datang. Rupa-rupanya seorang pun tak call dulu. Aku memang dah tak sedap hati, buatnya nenek Kiah takde kat rumah atau ramai orang datang malam ni...tak ke sia-sia je datang jauh-jauh?

Sesampai je depan rumah nenek Kiah, memang bertutup pintu rumah. Alahai~ Tapi aku jengah muka juga ke depan pintu rumah bila anak lelaki nenek Kiah buka pintu kayu. Dia cakap Khamis malam Jumaat nenek Kiah memang tak ambil upah mengurut. Awal pagi dan hujung minggu bolehlah datang. Lepas ucap terima kasih dan beri salam, aku masuk balik dalam kereta.

Tak mengapalah...hujung minggu ni cuba nasib lagi kalau-kalau ada rezeki jumpa nenek Kiah dan berurut. Kena datang awal pagi la....

P/s : Dari pagi tadi dah mula rasa bahagian kiri rahim berdenyut-denyut tapi tak kerap. Watery feeling pun ada. Dah dekat nak period kot?

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)