17 June 2014

Kekeliruan Melanda : EWCM dan Breast Pain

17 Jun 2014.

(Nota : Entri kali ini agak 18sx, jadi kalau tak boleh terima entri ni, dipersilakan SKIP dari membacanya. Tiada paksaan, aku cuma sekadar nak bertanya pandangan dan pendapat orang yang boleh membantu).
Hari ni CD26 aku. Banyak benda yang bermain dalam benak fikiran sekarang ni. Antaranya :

EWCM / Lendiran Putih Telur

Sebelum operation laparoskopi tempohari, setiap bulan boleh dikatakan ada keluar EWCM dalam tempoh 2 - 4 hari, biasanya pada CD12 - CD 16. Jumlah pun takde lah banyak dan takdelah sedikit sangat. Aku perasan aku mula alami simptom EWCM ni sekitar bulan Disember 2013 sampai sekarang.

Masa buat laparoskopi tu, aku sedang CD15. Mula start buang air kecil (shi-shi) lepas laparoskopi, aku perasan ada banyak lendiran putih telur yang keluar. Lepas buang air, bila jenguk ke bawah, boleh nampak dengan jelas lendiran tu menjejes turun tak putus macam puteh telur yang likat. Sampai hari yang aku discharge dari wad pun (CD20), masih banyak lendiran tu keluar. Aku cuba berfikiran positif, mungkin ini EWCM aku atau baki lendiran dalam saluran tiub fallopian sebelah kiri yang tersumbat dulu baru nak keluar. Mungkin betul, mungkin tidak...cuma aku beranggapan macam tu la. Masa habiskan cuti sakit dua minggu di rumah pun, aku masih boleh kesan lendiran tu ada keluar.

Untuk kitaran period kali ini (bulan Jun), bermula CD13 aku dah rasa simptom EWCM ni sampai ke CD24. Sama tekstur dan bentuk dengan lendiran macam lepas laparoskopi tu. Aku kira-kira, lebih 10 hari lendiran tu keluar. Bila google pasal ni, aku ada terbaca ada orang yang keluar EWCM sampai 6 hari. Badan orang lain-lain simptomnya. Cuma dua hari ni je (CD25 - CD26) aku perasan dah makin kurang lendiran tu.

Breast Pain / Bengkak Payudara

Kan aku selalu cakap, aku tak pernah dapat peluang nak feeling-feeling 'berisi' setiap bulan sebab by the time CD15 - CD18 aku dah mula rasa simptom breast pain. Bila dah mula rasa breast pain ni, memang automatik aku dah boleh agak period akan muncul dalam tempoh dua minggu lagi (lebih kurang 12 - 14 hari). Simptom breast pain ni pun aku mula perasan sejak bulan Februari 2013 sampai sekarang. Pernah paling awal aku dah mula rasa simptom breast pain ni adalah pada CD13 atau CD14. Memang sedih, tapi pendam dalam hati je la.

Yang aku keliru sekarang ni, semua berubah sejak buat laparoskopi tu. Breast pain muncul pada CD21 bulan lepas (bulan yang sama buat aku buat laparoskopi pada CD15....remember?) So, tak apa lah sebab tempoh breast pain pun makin singkat; dalam 10 hari jer bengkak lepas tu period muncul pada CD30.

Period kali ini (bulan Jun), sampai ke CD26 hari ini aku tak jumpa simptom breast pain tu! Ikutkan kalau kitaran period aku jadi tetap 31 hari, 22 Jun 2014 ni hari pertama period aku. Lagi 5 hari jer kot? Bila dok pegang atau usap, memang takde rasa bengkak ke apa. Elok je dia lembut. Selalunya dalam tempoh dua minggu sebelum period tu, tak boleh tersentuh sedikit pun, boleh jadi bad mood kalau menahan bengkak kat breast. A big no no untuk suami, istihar kawasan larangan sentuh/pegang terus.

Cuma.....

Hari ni (CD26), aku rasa badan dedau macam nak demam dan sakit pinggang dan lenguh-lenguh.

Apa kes pulak ni?

22 comments:

  1. Yani, EWCM tu keluar sometimes not only because of hormon. Kadang kalo ada infection kat dlm rahim pun dia bleh keluar gak... tapi selalunya kalo infection may be akan rasa sakit pinggang yg melampau and ada demam. On Breast pain, i pon kadang kejap je breast pain tu...normally seminggu before period. but adakala, 2-3 hari before period. yg i sure, if the next day i dah x rasa breast pain, meaning sehari dua lagi period la i... may be stress kot yani... so hormon larik sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk, harap-harap tak de lah sampai peringkat infection ke apa kat dalam rahim/badan...minta di jauhkanlah... :(

      Delete
  2. ida dah lamaaaaaa tak jumpeee si EWCM.. hukhukhukhuk.. breast pain selalu ida rasa dua hari ke tiga hari b4 period. . ni pun masih xde rasa walhal ida dah sepatutnyaa period dah niii hmmmmmm.. ida lagi keliru! haahhahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani dulu pun tak pernah jumpa EWCM, baru-baru ni jer. Pernah buat OPK memang naik 2 line, tapi itulah belum ada rezeki....hai laaa..apa nak jadi ni dengan period cycle Yani ni?

      Delete
  3. Yani..me pun mcm Yani gak..biasanya kalo period bulan tu ok (on time) cd17 da start breast pain..tp kalo period tingtong..mmg tak rs breast pain tu pun...tup2 je period..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plak macam tu ye Umi? Risau sebenarnya ni...indikasi 2 minggu / kurang seminggu sebelum period ada simptom breast pain dah macam tak relevan je. So far, Yani belum pernah lagi tak rasa breast pain terus period muncul...hurm...

      Delete
  4. good entry sis.. bila baca entry ni and komen2 yg lain, baru pasan yg diri sendiri pun kdg2 mengalami nye jgak.. baru bln lepas EWCM tu kuar. 2 3 bulan sebelum ni xde.. period pun jd ting tong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NFAM,
      Faktor berat badan dan pemakanan supplemen ada kesan pada period kita. Yang Yani perasan, sejak makan EPO, banyak bantu proses EWCM. Kena try and error kat badan sendiri.

      Delete
    2. EPO tuh primerose oil ye sis? org kate waktu subur x boleh amek, betul ke?

      Delete
    3. Yup, EPO = evening primerose oil. Isu pasal EPO hanya boleh ambik masa 1st day period sampai sebelum waktu subur tu Yani baru tahu. Sebelum ni masa beli di farmasi, bila tanya pharmasist, dia cakap boleh makan setiap hari. Tapi bila baca entri TTCian, ramai yang kata x elok makan masa waktu subur. So, Yani baru ubah cara pengambilan EPO ni sejak awal tahun 2014 ni. Makan dari 1st day period hingga hari ke CD13 sahaja.

      Delete
  5. Pernah jugak terbaca kalau kita tengah berdiet, period akan larik sikit..tak tau betul ke tak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk....masalahnya Yani sekarang mode 'OFF' dari diet Kak Nuriz....berat badan dah naik sedikit sebab tak kawal makan dan jarang bersenam. Haritu berdiet, berat badan turun dan kitaran period dari jarang kepada normal dan dari kitaran panjang (38-40 hari) jadi hampir normal (28-30 hari). Runsing jugak ni....

      Delete
  6. Saya pernah juga mcm tu. Mmg saya ni setiap bulan lepas O mesti sakit breast - jadi fhm2 dahlah nak period. Tapi ada juga 2 kali (sekali masa mula2 kahwin) and sekali last month - breast tak sakit langsung. Akibatnya period pun lewat datang gak. kalau selalu cd28 time tu jadi smpi cd36+++. Saya rasa maybe effect hormone nak bertukar kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh....kalau kawan-kawan ramai yang dah kata isu hormon, mungkinlah kot. Nak tgk bulan ni punye period ada ke tak simptom breast pain ni muncul atau takde langsung, tutp2 period je.....

      Delete
  7. Tender breast simptom lepas o disebabkan peningkatan progesterone lepas ovulasi.

    Bln ni dpo5 saya dah asa tender breast

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah Eilah....bila ada simptom tenderbreast, otak Yani dah automatik tune yg period akan muncul. Tapi bila tak rasa apa-apa tender breast, risau pula rasa hati ni....

      Delete
  8. kalau ikut ape yang erin tgh lalui ni, kalau x de rasa sakit breast tu means period mmg lambat nak dtg. sebab erin akan rasa breast tenderness 1 week before period due. period cycle ni pon ecwm lambat sgt muncul. kalau ikut bbt, erin mengalami late ovulation. sbb lepas beberapa hari ecwm tu terus suhu naik. maybe hormon erin turun naik agaknye. hormone imbalance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....stress plak bila terfikir period akan lambat datang...waaa~
      Yani belum pernah try cara BBT lagi. Ntah la...belum ada kesungguhan.
      OPK pun baru tahun ni cuba itu pun tak konsisten.

      Delete
  9. Yani semua tanda2 tu L rasa pasal hormone..kdg2 dtg time waktu nk subur, kadang2 waktu nk period.. EPO byk bantu L utk atasi sakit2 tu.. tp sbb kita ttcian mmg dinasihatkan amim dr cd1 smpai time subur sbb die a bit panas sebenarnya. Utk normal xkisah nk amik sepanjang sebulan. Jgn stress Yani, yani dh wt laps.. opk pn dh +ve.. masa tu akn tiba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully imbalance hormone ni tak lama dan boleh kembali kepada yang lebih baik lepas laps ni...Mizz L tolong doakan ye ada rezeki lepas ni....

      Delete
    2. Yani wat laps sbb ade prob kt tiubkan? tp result progrestrone ok x? L rase yani ok je. Mcm L xde prob kt tiub tapi masalah plak progrestrone rendah. Ni Yani dh laps L rasa peluang tu cerah sgt sbb yani xde msalah lain. OPK pn dh +ve pada waktu spatutnya. Bukan dekat2 nk period. Meaning progrestrone Yani dh ok. Mcm L xpenah lah sblm ni OPK tu +ve even test sejak CD9. L doakan rezeki untuk Yani. Jgn fikir sgt Yani. Bila ttc kan benda yg paling sukar L nk buat ialah time BD i cant stop think bout will i concieve or i want concieve plz..' Tp lpas besalin xckup bulan haritu L terus malas fikir. L cuba..stress mmg stress tp mungkin kepala dh set..'aku nk rest, sambung treatment lepas raya' time BD mmg L xfikir pn. Yani pegi becuti utk kurangkn stress pk.

      Delete
    3. Yup, buat lap tempohari sebab tiub kiri tersumbat dan doktor nak ambil sampel dinding rahim yang nampak tebal even lepas period. Skrg ni memang Yani berBD dengan suami tak fikir pasal anak pun, just for fun diri kami. Betul tu, kalau berBD semata-mata nak anak, stres dibuatnya. InshaAllah, lepas raya memang ada plan pergi bercuti berdua... :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)