13 Jun 2014.
Entri Terdahulu : 15 Jun 2012 - 15 Jun 2013
Tahun 2012 : 80.6 kg
Tahun 2012 : Bulan Julai masa kenduri akikah Aina
Suami snap gambar candid ni. Dapat pun ambik gambar kenangan dari sudut tepi saiz badan aku dulu. Masa ni tengah sibuk berbual dengan adik bongsu yang doktor tu sedang berpantang.
Tahun 2013 : 65.5 kg
Tahun 2014 : 62 ~ 63 kg
Pagi ni, saje ambil gambar dengan kawan pejabat yang sama bergambar dengan aku tahun 2012 tu. Pakai baju dan tudung yang sama. Sekarang macam susah nak turun berat badan, tapi inshaAllah kena usaha lebih sedikit untuk kekalkan apa yang sedia ada dah turun. Tak mahu naik lagi, taubat!
Bila bandingkan gambar atas ni dengan gambar tahun 2012, baru nampak perubahan saiz lengan dulu dan sekarang. Sekarang masih berisi tapi dulu lebih 'sasa'. Kan? Bila tunjuk gambar dulu dan sekarang pada kawan pejabat tu, benda pertama dia perasan...bahagian dada. Cesss....siap tanya, kalau berat badan turun, breast pun jadi kecik ke?
Kelakar soklan yang last tu..akak pulak kalau kurus sikit mula lah bahu baju kurung jadi gelebeh.tak suka betul..nak beli baju lain, tak confident boleh stay kurus, makan banyak sikit je, naiklah balik! :-)
ReplyDeleteHehe....nak tahu tak? Ikutkan hubby Yani pun pernahlah komplen pasal aset atas tu makin kecik. Tapi Yani explain baik-baiklah kat dia, mana boleh badan turun tapi aset tu kekal sama saiz macam dulu, x selesa kot?
DeleteYani sekarang kalau beli baju kurung, tak de la nak saiz kecik2 ikut badan, biasanya ambik satu saiz lebih besar sebagai persediaan kalau badan naik especially tang perut, peha dan lengan.
kagum sgt ngan usaha dan hasilnya.... :)
ReplyDeleteMadam Mawar....Yani pun seronok tengok aktiviti berbasikal dan amalan infused water Madam Mawar buat sekarang ni...kat rumah takdak basikal tapi minat sangat nak cuba, boleh beriadah dengan suami kan? Bonding time...
Deletemmg napak perubahan. keep it up dik... bes kan dpt diet secara sihat. Akak jugak belum lagi nak exercise. awat maleh nau....??
ReplyDeleteKekDa, sebab tu Yani suka simpan gambar-gambar lama sebelum consume Herbalife, untuk edisi insafkan diri dan motivasi dan tak buang baju-baju lama.
DeleteTakpe KekDa, konsep berdiet sihat ni bukan setakat bersenam je, jaga portion makan dan makan minum benda berkhasiat pun boleh juga. Macam Yani dulu, jaga makan je...dah ujung-ujung ni bila nampak dah statik baru mula nak bersenam bagai. Kalau combine 2-2, better result boleh dapat....jom KekDa! :)
Yani, of course le asset tu turun gak kan... Huhuhu...nama pon kat asset tu yg banyak lemak nya... Kena la turun ikut saiz badan... Hehehe....
ReplyDeleteHaah ST...Kevin Zahri pun pernah cakap pasal tu...masa badan berisi dulu pakai bra ada pad, membuak-buak saiz....tapi lebih selesa saiz sekarang, especially bila pakai sport bra..tegak je kt badan. ;)
Delete