27 June 2014

31 Tahun : Sambut Dengan Adik Beradik

27 Jun 2014.

Alhamdulillah, syukur dapat sambut hari kelahiran dengan adik beradik, ipar duai, anak-anak buah dan kawan-kawan pejabat semua. Bukan sekali, bukan dua kali....malah tiga kali sambut. Cuma dah masuk usia 30-an ni, cara sambutan birthday party bukan lagi agenda utama, cukuplah sekadar sesi makan-makan bersama dan bacaan doa selamat serta bacaan yasin. Itu lebih rahmat, itu lebih berkat (InshaAllah!).

Malam tadi (26 Jun 2014 - Khamis) adalah sambutan kali ketiga hari lahir aku. Buat di rumah Kak Teh, lepas Isyak berkumpul empat (4) beradik yang masing-masing menetap di sekitar Melaka. 



Menu malam tadi adalah nasi impit, rendang daging, rendang ayam kampung, lontong, lemang, serunding daging dan koktail buah. Kak Teh mengidam sangat nak makan rendang ayam kampung, sampai booking rendang ayam kampung, rendang daging, lemang dan ketupat dari seorang pakcik yang berniaga di kawasan Tabuh Naning sempadan Melaka - Negeri Sembilan tu.

Adik bongsu volunteer nak masak kuah lontong dan tambah ketupat. Aku dapat tugasan menyediakan bahan-bahan untuk koktail buah-buahan.


Sambut hari lahir secara bersama dengan hari lahir anak buah Afiq di rumah kakak pada 14 Jun 2014 (Sabtu). Konsep potluck; bawa makanan masing-masing. Kak Lang sponsor kek pelangi dan cheese baked macaroni. Ateh masak lauk-lauk rendang daging, sayur kacang, ayam goreng madu, telur goreng dadar dan sambal.

Aku tambah dessert aiskrim dan coklat M&M's untuk anak-anak buah.

Nota : Ini sambutan kali pertama.


Anak-anak buah leka bermain sama-sama; ada yang layan main XBOX, ada yang main masak-masak...hahaha...comel masing-masing! Bila masa makan aiskrim, berebut masing-masing taburkan coklat M&M's atas aiskrim.


16 Jun 2014 (Isnin) pula ada sesi bacaan Yasin dan tahlil beserta acara makan-makan antara staf bahagian aku. Tak lupa juga sesi potong kek meraikan hari lahir staf bagi bulan Januari hingga Jun 2014.

Nota : Ini sambutan kali kedua. 


Disebabkan sebelah pagi dah shake, aku ambil peluang tapau makanan-makanan untuk makan bersama suami pada tengahari. Terkejut suami bila tengok banyak betul makanan. Huhuhu~

4 comments:

  1. wah meriahnya..happy bornday yani. smga happy slalu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah adik beradik je, tambah2 anak-anak buah masih kecik2 lagi....dok melayan keletah masing2 la...inshaAllah Mummy L....

      Delete
  2. meriah nya...sodap aih makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe~ Ni lah salah satu sebab diet kelaut.....pastu bila angka kat scale naik turun tang tu je, mula lah menyesal!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)