16 Mei 2014.
Lepas keluar wad, sudah 2 kali aku berulang ke GH Melaka; 1 kali untuk ambil surat cuti sakit (MC) di wad O&G dan 1 kali lagi (tengahari tadi) ke wad E4 untuk ambil discharge note.
Ingatkan lepas negatif tibi, dah habis cerita. Nan hado! Doktor bahagian perubatan masih nak pantau secara berkala; jadi dapat tarikh temujanji 3 bulan lagi untuk beri sampel darah, sampel kahak dan pergi buat pemeriksaan x-ray dada di klinik dada GH Melaka. Awal-awal staf nurse dah bekalkan plastik berisi bekas sampel kahak untuk bawa balik.
Selain itu, baru dapat tarikh temujanji susulan dengan klinik O&G. Alhamdulillah, dapatlah tarikh lebih kurang 6 minggu lepas laparoskopi. Mungkin doktor pakar nak rebiu apa hasil laparoskopi tempohari sahaja, apa-apa rawatan selepas itu (sama ada nak terus buat IUI atau tidak) berkemungkinan besar lepas Raya Aidilfitri la nampaknya.
yani..nak tanya la..sebenarnya kenapa doc suh yani wat laporoscopy ni ek? ada cyst ke ape ke?
ReplyDeleteSo far takde cyst Umi...cuma masa buat HSG tempohari, dye x sampai ke hujung tiub kiri dan dinding rahim masa buat tvs agak tebal...jadi doktor O&G nasihatkan buat laparoskopi untuk tengok lebih jelas punca dye tak sampai...mmg ada blockage tisu lama kat situ, doktor dah bersihkan dan ambik sekali tisu dalam rahim untuk hantar ke makmal hospital.
DeleteBagusnya doc nak monitor walaupun negative.
ReplyDeleteTu namanya dah terlebih rajin.... :)
DeleteSis..nak tanya bila stop makan ubat provera utk hyperplasia tu.. bila dinding rahim kembali normal..selepas trun berat bdn ke
ReplyDeleteAwak, to be honest saya dh lama tak followup dengan hospital lepas berhenti makan ubat provera tu. Saya turunkan berat badan masa tu dengan cara saya sendiri, alhamdulillah saya mengandung dan melahirkan anak. Saya memang takde buat apa-apa rawatan utk kes hyperplasia ni. Sorry sangat kalau jawapan saya tak membantu awak.
Delete