Lauk 13 Mei 2014.
16 Mei 2014.
Kalau ikut tekak, memang tak lalu nak makan ikan haruan ni. Mungkin sebab corak badan ikan dan bentuk kepala dia yang menyerupai haiwan yang satu lagi tu. Tapi disebabkan khasiat ikan haruan ni yang bagus untuk menyembuhkan luka dalaman, ku telankan juga Jebat!
Balik dari hospital, minta bibik masakkan lauk tengahari; sup ikan haruan. Alahai...dah la nak ambik mood makan kemain lama, tengah-tengah makan boleh pula bibik selamba tegur kepala ikan tu seakan-akan 'kepala ular'...aduyai, putus selera dibuatnya.
Lauk 14 Mei 2014.
Panaskan balik sup ikan haruan dan makan dengan nasi putih panas. Bercinta nak abiskan sup ikan haruan ni. Bukan banyak pun, bibik masak 2 kabung bahagian ikan tu je.
Lauk 15 Mei 2014.
Bila tunjuk gambar sup ikan haruan tu kat post FB, ada kawan yang tegur nape tak masak ikan tu cara bakar/panggang? Boleh eh? Tak terfikir plak....thanks ye pada Yana Sizuka bagi idea tu.
Jadi, menu hari ketiga adalah ikan haruan panggang, sayur tumis air bayam dan campuran halia+ bawang kecil+ lada hitam. Uih...berselera sungguh makan, sampai bertambah makan ikan haruan sekabung lagi.
Ni semua menu lauk makan tengahari. Pagi dan malam aku kekalkan pengambilan shake Herbalife. Rindulah wei...seminggu duduk wad, dua hari sebelum keluar wad baru dapat minum shake, suami tolong blendkan di rumah dan bawa ke wad.
Menu makan sarapan dan makan malam.
akak dulu mak mertua masakkan. hehari kena telan. makan ngan bubur lak tu. dah la akak tak suka bubur. pastu ada skali tu mak mertua masak sambal tumis ikan bilis, akak curi2 makan je.
ReplyDeleteErr.. tu ari akak kena sembelit. Giler ah. Siap kena mintak ubat kat doktor. Mencik tau. Jadi, makan buah byk2 dan minum air byk2 jugak tau. Hazab kena sembelit.
By d way, luka da elok??
KekDa...
DeleteKat rumah skrg ni, Yani mengharapkan bibik je masakkan ikan haruan tu apa cara sekalipun, takut nak tgk rupabentuk dia before masak. Yani alhamdulillah takde sembelit tapi 4 hari lepas operate baru rasa nak buang air besar...cuak dibuatnya. Lepas tu hari-hari lawas...syukur! InshaAllah bua-buahan dan air masak memang cukup kuota sehari...luka luaran dh tinggal kopeng je, dalam tgh jaga juga ni.
bagus yani.. seboleh2 berpantang lama.. macam sue, buat major operation , makan tk pantang sgt..sampai luka operation jadi nanah..kena operate sekali lagi..huhuh..mnyesal tak sudah time tu..
ReplyDeleteSue, ni baru dapat berpantang betul2 makan ikan haruan segala dalam 3-4 hari lepas keluar wad Isnin lepas. Sue sampai kena operate sekali lagi? Seriaunyer Yani dengar....
Delete