11 December 2013

Kembali Kepada Cermin Mata

Gambar-gambar tahun 2009

11 Disember 2013.

4 tahun bertahan tanpa cermin mata.
Bermula sejak bertunang sampai lepas kahwin lebih 3 tahun ni, terus-terusan berkanta lekap.
Hati dok berbolak balik bilalah nak bercermin mata semula.

Alhamdulillah, sampai juga seru untuk kembali bercermin mata.
Salah satu resolusi tahun 2014 aku.
Bila kira-kira balik duit yang kena bayar untuk buat cermin mata baru ni, memang lebih kurang kos yang dikeluarkan untuk beli kanta lekap setiap 3 bulan sekali.


Dua minggu lagi baru siap.
Kali ini berbingkai penuh.
Harga asal tak de la tinggi mana, tapi lepas check mata semula dan nasihat staf kedai cermin mata tu, harga naik sekali ganda sebab disarankan kanta cermin mata yang lebih sesuai untuk orang yang bekerja depan komputer lebih 8 jam sehari; aku ler tu.

Mula-mula berat hati juga, nasib baik keluarkan duit lebih dari harga asal.
Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa nak kedekut untuk diri sendiri?
Bukan mata orang lain, mata sendiri.

Yang seronoknya, bacaan silau mata sebelah kiri hilang langsung, dah tak ada indeks.
Alhamdulillah, berkat jaga kesihatan.

4 comments:

  1. yani..L mmg xleh pakai kanta lekap..mata akan berair n merah xkira ape brand pn..then doc xbagi pakai. L xrabun tapi silau..smpai skg xbuat2 spek huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni Yani buat pun sebab rasa macam tak bebas nak buat aktiviti yang melibatkan air, kanta lekap kan tak advisable untuk swimming ke hape...lepas tu, tempoh masa nak pakai limited, kalau pakai overtime, mata boleh jadi pedih dan kering. Kalau once dah rendam, kena jarakkan 4 jam before boleh pakai balik...leceh! Baik lagi pakai spek mata, terbangun tengah malam pun, ambik, pakai terus cerah balik pandangan.....huhuhu~ Yang sebenar2nya, dah masuk peringkat matang/dewasa ni, rasa kanta lekap dah bukan trend diri ni...hoho~

      Delete
  2. yani, same here...dh lama x pakai kanta lekap ke opis...lelama rasa mcm lagi cepat pakai spec. lagipon mata i cepat kering dok dlm aircond...

    ReplyDelete
  3. ST, Yani ni concern pasal nak bawak mcm2 barang dlm luggage setiap kali kena travel ke apa, dgn air solution nak rendam contact lens la, air titis dlm mata dan contact lens punye storage la...pernah sekali balik rumah mertua di Seremban, bekas nak simpan contact lens lupa bawa...mengagau juga la!

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)