10 December 2013

Kau Senang-Senang Dapat, Kau Campak Dalam Longkang?


10 Disember 2013.

BAYI DIBUANG DI TEPI LONGKANG

IPOH: Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.



Tak terluah dengan kata-kata.
Meleleh airmata, hati rasa bagai disentap-sentap bila tengok bayi sekecil ini diletak di tempat tak sepatutnya.
Tanpa pakaian.
Allahuakhbar!

Aku tak nak fikir pasal mak bapak bayi ini.
Itu hal antara mereka dengan Allah SWT.
Aku hanya mampu fikir dan doakan yang terbaik untuk bayi ini.
Semoga dia dipelihara oleh insan yang selayaknya dipanggil 'manusia'.
Besar nanti menjadi insan yang boleh dibanggakan, yang dihormati, yang menjadi makhluk Allah yang disayangiNya.
Amin.

Sebelum buang tu, fikir sikit pasangan yang dah lama berkahwin, berusaha macam-macam, keluar duit, keluar airmata, telan berpuluh-puluh pil sehari, serah diri pada doktor operate sana-sini...hanya untuk dapatkan apa yang kau dah buang dalam longkang tu! Baby boy....meleleh airmata tengok...

12 comments:

  1. sobs.... T______T sampainya hati.... binatang pon sayang anak dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal ST, sedih hati kita2 ni, rasa nak peluk je baby tu....

      Delete
  2. saya geram sangat biler baca news tentang bayi nie, sedih tgk diperlakukan mcm tu...anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. saya follow sis kat sini n kalau sudi follow la saya balik yer... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab terlalu senang dapat lah, diaorunk ni tak pernah terfikir susah payah TTCian berusaha untuk dapatkan zuriat...wslm, ok, nnt saya BW semula ke blog Rose....tq singgah sini ye!

      Delete
  3. sedih baca kisah ni... smga diaorg sedar. tersentuh sgt hati baca berita2 mcmni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9 bulan kandungkan, tak akan tak ada langsung perasaan sayang pada bayi ni?

      Delete
  4. sedihkan...napala diorang xde kesedaran...bukan sekali dua cite cmni..
    byk kali buang bayi mcm buang barang...
    kalo susah sgt letak dpn rumah orang pon xpe la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, kalau pun dah buat dosa mengandung luar nikah, kenapa nak tambah dosa buang bayi tu? Kalaulah bayi tu mati dan orang tak sempat selamatkan, lagi bertambah2 dosa mereka....alhamdulillah, Allah panjangkan usia bayi tu.....

      Delete
  5. baby tu cukup sifat dan sempurna.
    kalau tak nak patut si ibu letak kat baby hatch atau bagi pada keluarga angkat kan? sekarnag ni banyak saluran, nak tak nak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BnC, banyak sgt dh saluran utk serahkan bayi terbuang mcm ni...yg geramnya, masa sedap buat pakai otak, time buang hasil sedap tak pula pakai otak....

      Delete
  6. betul, baby hatch sekarang pun banyak. even ada volunteers yang sanggup untuk uruskan budak budak perempuan yang dah terlanjur and termengandung ni so that anak tu nanti dipelihara, bukan dibuang. semoga Allah beri hidayah pada mereka ini dan semoga bayi tersebut menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia tak tahu berapa ramai pasangan ttcian yang sanggup datang ke wad bersalin semata-mata nak cuba nasib bertanya kalau2 ada anak tak sah taraf yang boleh diambil untuk dibela...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)