20 October 2013

Cabaran 90 Hari : Mandi Peluh

 
20 Oktober 2013.

Yeay...hari ni baru puas hati dapat berjogging dalam erti kata sebenar mandi peluh dan basah baju!  Best, best, best...

Aku saje jek-jek hubby untuk lumba lari berselang dengan berjogging. Hubby pula melayan je perangai gila-gila isteri dia ni. Lepas tu, masing-masing muka merah padam, tak cukup nafas dan termengah-mengah tepi jalan. Bahaha~ 

Tak ada warming up, tak ada muscle stretching...terus pecut berlari. Dan sekarang aku dah jalan terhencut-hencut macam penguin. Bagus sangat la tu! 


Dapat juga jumpa lagi kucing comel minggu lepas kat satu rumah dalam taman perumahan ni. Kucing tu pun bila dipanggil, mencecet berlari pada kami. Alalala....geramnya. 

P/s: Ternampak ada satu aktiviti senamrobik kat taman sebelah, kalau tak silap tu macam aktiviti senamrobik ahli keluarga tentera, siap ada musik dan trainer....bestnyer! Rasa nak join je....tapi segan!
 

10 comments:

  1. Cyaiyokkkk!! : -) Tips bersenam dari blog susu sejat : setengah jam sebelum dan setengah jam selepas jangan makan apa2 sebab takut kalori makanan yang baru dimakan yang dibakar bukannya yang dulu2 punya.nanti berat tak turun seperti yg kita hendak..kalo tak silap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Nuriz sharingkan tips KZ tu....! Learn by heart.... ;) Harap-harap semangat nak bersenam bertahan lama la...mungkin diet Herbalife alone tak membantu sangat bila dah sampai peringkat 'plateau' ni. Kena tambah dengan aktiviti fizikal la nampak gayanya...

      Delete
  2. Assalamualaikum
    Sy dah smgu start aerobik.tegur jea ckp nk join.jgn segan.hehehe
    Yani,gynae awak tau tk awk mkn herbalife?ada die ckp tak soya kena elak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Amanina...tu la, ikutkan muka x malu Yani, boleh je tegur dan tanya kalau boleh join....hehe, inshaAllah minggu depan nak approach group senamrobik tu la....

      Herbalife ni mula-mula Yani makan, bukan dipengaruhi atau didatangi oleh org Herbalife, tapi oleh 2 org ; Kakak Yani dan doktor OnG GH Melaka sendiri. Rasanya kalau kakak Yani tak suruh continue makan stok Herbalife dia bulan Julai 2012 dulu, sampai sekarang Yani masih struggle dengan masalah obesiti.

      Doktor OnG GH Melaka yang syorkan Yani makan produk Herbalife untuk bantu turunkan berat badan sebab dia sendiri makan Herbalife setiap hari. :) Yani pun tak de la nak bergantung sgt pd Herbalife sepanjang hayat, akan tiba masanya nanti berhenti minum/ kurangkan minum.

      Delete
  3. sy pon xtau ape mslh sy,starting pose hanya <1kg turun.
    dah refer coach tp die ckp dah ok pemakanan dan perlu truskan.tapi dah byk duit abis.
    tak akan 3 bln plateu..adoii
    T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Kalau ikutkan pembacaan Yani di blog2 Herbalife..maybe badan kita dah capture dan kenal regim / taktik pemakanan kita, so badan dah boleh adapt dan anggap tu perkara normal...tips yang selalu diberi, cuba ubah/variasikan jumlah kalori yang kita ambil dan tambahkan dengan aktiviti fizikal.

      Tu la yg Yani cuba amalkan skrg, tambahkan aktiviti fizikal mcm bersenam dan menari Zumba. Yani pun dah dekat 2-3 bulan berat badan naik/turun lebih kurang range 63-65kg, tgh try and error cara solution terbaik. Diet Atkins pun Yani tgh survey, mana tahu boleh cuba lepas ni....ada je orang yang combine diet Herbalife dan Atkins, dah berjaya pun!

      Delete
    2. mmg dah variasi senaman.jogging,aerobik,cycling .
      skrg sy brtukar cr pemakanan .
      2x mkn nasi.half segenggam pukul 1.half segenggam pukul 430 ptg.
      agaknye coach sy dah fedup nge sy kot.die kdg2 jwb "hurmmm,awk truskan aje"
      T.T

      yani shake 2x tak?


      Delete
    3. Amanina 2x makan nasi? masa pecahkan 2 waktu tu, nasi makan dengan apa? boleh terangkan tak?

      Yani memang shake 2x...kadang2, kalau tak boleh dielakkan terpaksa makan, 1 kali shake je belah pagi. Tapi kalau makan malam pun, tak de la heavy meal sgt pun, rasanya lebih baik shake dr dinner.

      Delete
  4. sup sayur+ikan rebus/sup ayam/ikan singgang/sayur.

    Start buat 2x mkn nasi dr 1st raya aidiladha.timbg tadi ada penurunan dr 58kg dah jd 57.1kg.Alhamdulilah
    Tapi 1st raya jgk amik omega 3.tak tau la plak kalau omega 3 yg wat berat jd turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ye la. Amanina stay rumah kan? No wonder la boleh buat 2 kali mkn nasi dengan timeline mcm tu. Yani tak sempat la kalau nk ikut mcm tu, tengahari je waktu lunch. So, 1 kali makan nasi je la. Mungkin juga omega3 bantu cairkan lemak badan Amanina, tu yg turun tu.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)