16 October 2013

Cabaran 90 Hari : Berjogging Dengan Kasut Baru



16 Oktober 2013.

Cerita Ahad lepas, sebelum balik Seremban untuk sambut belated hari lahir hubby dengan keluarga mertua. Gigih pujuk hubby berjogging pagi tu dengan kasut sukan baru. Huhu~

Sebab tahu tengahari nanti mesti tak dapat elak makan makanan berat dari hari biasa (kek, nasi tomato) di Seremban, kami berjogging lebih jauh dari biasa, sampai ke pekan. Memang terasa sangat badan dah lemau, nafas tak cukup biarpun baru berjogging sekejap, nasib baik seronok dapat hirup udara pagi.



Kalau dah namanya suami isteri gila kucing, asalkan nampak kucing tepi jalan pun boleh berhenti sekejap berjogging. Hubby pula suka sangat melayan kucing, boleh pula mencangkung depan rumah orang main-main dengan kucing. Asalkan boleh je...hehe~


Muka semput berjalan kaki di kawasan berbukit. :)

10 comments:

  1. Yani, raya smalam i memang terbabas bab makan. huhuhuhu...dok melantak dari pagi sampai petang. kenyangnya sampai malam... so ari nih memang kena watch out apa yg i makan n kena start exercise semula (2 hari dah coti exercise ni...). Susah betui nak kawal nafsu makan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Sweet Tooth, biasa ler tu kalau hari2 perayaan kita tak boleh skip dari terlebih makan. Macam Yani semalam, shake pagi lepas solat sunat AidilAdha. Tak sampai pukul 12tghari dah makan meehoon goreng sepinggan, lemang 1 potong, rendang daging 2 ketul...terus overdose. Tertidur dari tengahari sampai pukul 3 ptg, nasib baik sempat kejarkan solat Zuhur. Cover balik minum aloe + teamix + lemon 2 liter. Malam mak ajak keluar beraya, Yani tolak sebab nak shake je malam. Sabtu Ahad ni memang nekad nak berjogging lagi, inshaAllah....

      Delete
  2. comelnya kasut..hehe..
    me n husband pun suka sgt dgn kucing,tp xde bela kucing pun..
    eh,muka yani n husband dlm pic ni nmpak lg muda dr pic kat header tu (pengantin)..ape rahsia: ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..thanks!
      Kat rumah Yani tu, tak bela kucing tapi kucing suke sgt datang bermastautin, siap beranak pinak 3-4 kali. Hubby Yani plak suka melayan, siap belikan makanan basah dan kering. Yg tak tahan tu, siap belikan rantai loceng untuk mak kucing...hurm!

      Haa.....lagi muda dari gmbr kawin? Gmbr kawin nampak tua sgt ke? Hehe...ntah...x de rahsia kot?

      Delete
    2. hehe..kucing dtg pun dpt rantai..untungnya...
      bukan la pic pengantin tu nmpak tua,tp nmpak matured cket..especially husband tu..mgkin angle muka dia kot..
      tp pic yg ni nmpak mcm student2 gittew! hehe...

      Delete
    3. Hahaha`

      Kena elak hubby Yani baca komen Umi ni, bahaya...nnt dia perasan org kata dia masih muda lagi..hihihi~
      Yani tak suka dia cukur habis misai dan janggut dia, sangat kebudak2an muka tu....

      Delete
  3. waduh..sue dgn husband dh berbulan2 x jogging.. slalu sue semput ..dia laju je lari..ni dh lama x buat..tah2 dua2 semput..ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, ni hubby berjogging pun sebab Yani buat hati kering, paksa dia temankan Yani berjogging Sabtu Ahad (hari yang Yani cuti dan dia masuk kerja tengahari sikit)..hari bekerja Isnin-Jumaat memang tak dapat la nak buat aktiviti bersama-sama....Last jogging dulu awal tahun, ni dah lama tgglkn, mmg semput nak start balik...

      Delete
  4. Selesanya nampak kasut tu,banyak lubang2 angin..hehe.musti best nak berlari2 anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu mmg best kak Nuriz, tapi kena pakai stokin juga...kalau kaki berpeluh, pedih juga bila bergesel...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)