25 August 2013

Keberkatan Duit Gaji Dan Sumber Rezeki Kita

Sumber Gambar : Google
25 Ogos 2013.

Sahabat, JANGAN LUPA kirim wang sebanyaknya yang kita mampu untuk ibu bapa di kampung, selagi mereka mengenal erti dan nikmatnya ada duit, selagi itulah perlunya kita gembirakan hati mereka dengan berkongsi rezeki yang kita dapat dengan mereka. Kita tidak tahu bila mereka akan pergi, jadi selagi mereka ada, inilah peluang untuk kita berikan kegembiraan sebanyaknya kepada mereka, kerana BERAPA RAMAI anak di luar sana yang menyesal kerana tidak sempat berbakti dan menggembirakan orang tua mereka yang telah pergi buat selama-lamanya. Admin telah melihat sendiri bagaimana Allah s.w.t melimpah dan melipatgandakan rezeki seseorang itu yang admin lihat dia sangat banyak membantu ibu bapanya terutama berkaitan kewangan. Apa saja kekurangan yang ada di rumah ibu bapanya, dia akan belikan tanpa dipinta. SubhanAllah.... rezekinya benar-benar dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Sumber Perkongsian : FB Semanis Kurma TV9 25 Ogos 2013



Bila terbaca post terkini di FB Page Semanis Kurma TV9, aku terus jadi sebak. Aku akui ada kebenaran ayat-ayat tu. Aku hanya sempat berbakti (dari segi kewangan - kirim duit belanja) pada arwah Abah selama setahun lebih sahaja sebelum Abah meninggal. Masa tu, aku baru dapat kerja dengan jabatan kerajaan negeri dengan status staf kontrak. Sebelum tu, aku kerja sebagai kerani dengan gaji bulanan RM750, jadi peruntukan dan pecahan gaji aku agak terhad, aku cuma dapat asingkan untuk duit belanja mak sahaja. 

Bila aku dah dapat gaji yang lebih baik dengan jawatan baru, aku memang dah niat nak hulur duit belanja bulanan untuk Abah. Aku minta no akaun bank Abah dan masukkan setiap kali gaji masuk, tak pernah aku tangguh-tangguhkan. Permulaannya, Abah ada juga sms aku bertanya siapa yang masukkan duit dalam akaun Abah, sebab setiap kali dia keluarkan duit pencennya, mesti ada berlebih dari baki sebenar. Aku peringatkan Abah, duit tu aku masukkan untuk belanja Abah. 

Dalam gaji bersih aku, alhamdulillah aku sudah siap-siap buat pecahan peruntukan untuk Mak dan Abah. Lepas Abah meninggal pun, memang bahagian pecahan Abah masih kekal ada. Aku ada cakap pada mak, lepas Abah tiada, aku niat nak sedekah  dan derma bahagian Abah. Kalau ada apa-apa program anak-anak yatim, orang minta derma dan sumbangan, aku akan serahkan bahagian Abah, dan niatkan dalam hati semua ini untuk kebajikan Abah di sana. Mungkin aku tak dapat jaga Abah sehingga saat-saat terakhirnya, jadi perasaan ralat dan terkilan masih bermain dalam hati. Setiap kali ada kenaikan gaji, dapat bonus atau ada duit lebihan, aku ingatkan diri sendiri supaya jangan lupa derma sebahagian untuk arwah Abah.
Pada aku, sebanyak mana amalan sedekah dan derma yang aku lakukan dan niatkan pahala dan kebaikkannya kepada arwah Abah, masih tak cukup dan tak dapat balas kasih sayang Abah pada aku dan adik beradik. 

P/s: Hari ini hari ke-7 berpuasa ganti. Bismillah!

2 comments:

  1. Alhmdulillah... Smg Allah panjangkn sedekah itu menjadi jariah utk arwah ayah yani. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Sweet Tooth. Sekarang ni, baru terasa duit dah tak membawa apa-apa makna bila salah seorang / kedua-dua mak ayah sudah tiada depan mata. Ada dengar tak gazet program Ustaz Kazim - Kalau Dah Jodoh yang ada sebut pasal adik beradik balik berkumpul dan berhari raya di rumah arwah mak ayah lepas kematian mereka....bergenang airmata Yani.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)