23 Ogos 2013.
Genap dua (2) minggu kita di bulan Syawal kan? Pejam celik pejam celik, cepat betul masa berlalu. Ingat tak dulu, aku pernah kata nak timbang berat badan selepas seminggu berhari raya? Ye, aku memang ada timbang berat badan di rumah, dan gambar di atas la hasilnya.
Dalam aku kawal makan dan minum masa beraya ke rumah saudara mara, kenaikan berat badan tetap berlaku. Cuma, yang membezakannya hanyalah sama ada kenaikan melampau atau masih dalam tahap boleh diterima akal. Bayangkanlah kalau aku tak jaga makan semasa beraya, main hentam makan semua kuih muih, ketupat, rendang, kuah kacang, lontong dan air manis, rasanya lebih dari berat badan sebelum bulan Ramadhan akan naik!
Berat badan sehari sebelum bulan Syawal 2013
Berat badan aku sehari sebelum bulan Ramadhan adalah 66.0kg, manakala berat badan aku sehari sebelum bulan Syawal adalah 63.6kg, iaitu penurunan sebanyak 2.4kg sepanjang bulan Ramadhan. Seminggu selepas raya, berat badan naik semula kepada 65.2kg. Ada kenaikan sebanyak 1.6kg dalam masa seminggu. Nampak tak? Sebulan punye susah nak turunkan 2.4kg tu, tapi nak naik balik 1.6kg dalam seminggu teramat senang. Haish!
Tak boleh jadi ni... Lagipun hari ni (23 Ogos 2013) aku ada temujanji dengan klinik OnG, GH Melaka. Jadi, aku ambil keputusan untuk berpuasa ganti setakat yang mampu aku lakukan untuk turunkan semula berat badan yang sedikit naik tu. Alhamdulillah, setakat semalam (22 Ogos 2013), aku sudah selesai menunaikan ibadah puasa ganti sebanyak 6 hari dan masih berbaki 2 hari lagi. Memandangkan hari ini aku nak jumpa doktor, aku tak jadi nak sambung berpuasa ganti, inshaAllah akan disambung esok (Sabtu) selagi masih belum datang bulan ni.
Berkat berpuasa ganti, semalam aku pinjam penimbang Herbalife kawan aku, sengaja timbang dahulu supaya aku bersedia dari segi mental, kemungkinan bacaan berat badan aku semasa di klinik OnG nanti. Alhamdulillah....bacaan adalah seperti di bawah ni:
Bear in mind, penimbang Herbalife ni lebih tepat bacaannya berbanding penimbang berat di rumah aku, ada plus minus, tapi masih boleh diterimalah perbezaan julat bacaan.
Di bawah ni adalah bacaan berat badan aku semasa di klinik OnG pagi tadi. Alhamdulillah, syukur tak ada beza dengan bacaan penimbang Herbalife kawan aku tu. Untuk rekod, berat badan aku semasa rawatan di klinik OnG pada bulan April 2013 lepas adalah sebanyak 66.4kg, bermaksud ada penurunan sebanyak 2.5kg kali ini.
Rawatan susulan seterusnya adalah pada bulan Disember 2013. Ada jarak empat (4) bulan lagi, harap-harap ada penurunan berat badan lagi, walaupun masih jauh sasaran berat badan ideal untuk ketinggian aku ni. InshaAllah...
P/s: Kawan-kawan semua dah timbang berat badan lepas raya? :)
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)