23 August 2013

Clomid 100mg dan Ujian Darah D21 Progesteron

23 Ogos 2013.

Marathon berblog hari ini ye? Hehe... Dua hari senyap tanpa entri disebabkan kesibukan di pejabat, sedang berdepan dengan audit dari SIRIM. Pagi tadi ambil time sleep ke klinik OnG, GH Melaka. Appointment aku pada jam 9.00 pagi, alhamdulillah selesai cepat, terus aku berkejar ke pejabat untuk sambung mengadap sesi audit dengan unit aku.

Sampai-sampai je kat kaunter, nurse di situ beri angka giliran dan minta ke bilik 11 untuk ambil bacaan berat badan dan tekanan darah. Berdebar-debar juga, tapi alhamdulillah, berat badan turun lagi 2.5kg berbanding berat badan masa bulan April dulu. Bacaan tekanan darah pun ok, cuma tinggi sedikit je. Nasib baik nurse tulis pakai pen hitam, kalau pakai pen merah satu hal plak doktor suspek ada tekanan darah tinggi plak. Haha~

Jumpa doktor kali ini, aku tunjukkan carta period aku untuk kitaran bulan Mei dan Jun 2013, yang mana aku perlu makan ubat Duphaston dan Clomid 50mg. Kitaran pertama, ok dan cantik dengan CD28. Masuk kitaran kedua, kembali haywire, CD aku jadi panjang sampai CD39. Itu selepas makan ubat Clomid kitaran kedua. Tapi, alhamdulillah lah sebab period aku datang juga tanpa makan apa-apa ubat turun period, cuma kena tunggu lama sedikit. Simptom aku nak datang bulan untuk tahun 2013 ini; breast pains selama dua (2) minggu, lenguh pinggang, sakit belakang.

Doktor minta aku ke bilik satu lagi untuk scan rahim dan buat ujian kehamilan (air kencing). Masa scan, doktor scan dari atas sahaja, nampak dinding rahim tebal (erk, of course la kan, aku dah masuk CD29 hari ni dan dah dua minggu aku mengalami breast pain, aku rasa aku dah nak period, cuma tunggu masa je ni). Aku bawa balik fail rekod kesihatan aku ke bilik pertama, nurse still suruh aku pergi ambil sampel air kencing walaupun aku bagitahu doktor kat bilik scan tu kata tak mengandung dan dinding rahim tebal. So, aku buat je la apa yang nurse suruh.

Doktor yang pertama tu tanya, aku pernah buat ujian darah hari ke-21 tak? Aku cakap, selama aku buat rawatan di klinik OnG dari tahun 2011, belum pernah buat ujian darah atau hormon. Sememangnya dari dulu sampai sekarang, doktor hanya uji aku dengan ubat pil hormon, pil turun darah dan pil perancang. Masa aku blog-walking ke blog rakan TTC lain, ada je aku terbaca mereka ambil ujian darah atau hormon untuk tengok efek hormon pada usaha kehamilan mereka. Alhamdulillah, kali ni rezeki aku pula sebab doktor tu cadang nak buat ujian darah hari ke-21 selepas kitaran Clomid kedua selepas ini. Doktor ni macam tahu-tahu je aku dah boring menelan ubat selama ni. Huhu...

Oh, berbalik pada ujian air kencing tadi, masa nurse tunjuk pada Doktor yang satu line je muncul, aku rasa muka aku macam dah keluar satu riak muka "Told ya, not preggy lor". Hehu...


Doktor berikan ubat Clomid untuk dua kitaran period lagi, kali ini dos dinaikkan kepada 100mg. Masa doktor tulis slip ubat, dia tulis sambil bercakap, nak naikkan dos Clomid aku kepada 200mg, terkejut aku. Aku ulang balik ayat dia, lepas tu aku tanya betul ke nak beri saya dos setinggi tu, sebab kitaran lepas dos cuma 50mg je? Terus doktor tu ubah balik, dia rujuk rekod lama, dia betulkan semula ayat dia, dia tulis dos aku hanya 100mg sahaja dan kena makan 2 biji sehari (sebelum ni 1 biji sehari pada CD2 hingga CD6). 

Lepas tu dia beri borang ambil sampel darah di bilik 33 di GH Melaka, sampel darah kena ambil pada hari ke-21 selepas kitaran kedua period aku dengan Clomid ni. Maksudnya, kalau aku period bulan Ogos ni (inshaAllah!), CD21 period aku pada bulan September aku akan ambil sampel darah. Kalau tak, tunggu je la sampai kitaran period kedua aku muncul nanti, baru ke bilik 33 tu.


Aku tanya doktor, tak de nak bagi aku ubat Duphaston lagi ke? Doktor kata ikutkan dari carta yang aku tunjukkan pada dia, period aku dah boleh keluar normal, sebetulnya dah tak perlu dipaksa keluar dengan ubat turun darah macam Duphaston. Tapi, dia tulis juga dalam slip ubat untuk ubat Duphaston (makan 5 hari), kalau-kalau aku tak nak kitaran haid aku panjang sampai 39 atau 40hari dan nak terus makan Clomid hari kedua period nanti.


Masa serahkan fail rekod di tempat ambil tarikh temujanji rawatan seterusnya, aku tanya sekali lagi pada nurse di kaunter sebab nak fahamkan betul-betul bila aku kena datang balik untuk ambil sampel darah. Nasib baik nurse kat kaunter tu mesra dan rajin melayan pesakit macam aku, dia terangkan sampai aku benar-benar jelas. Nurse-nurse kat klinik OnG Melaka ni dah naik cam dah muka aku, mana tak nyer, dari tahun 2011 sampai sekarang datang ke klinik OnG ni. Huhu~

Tarikh temujanji seterusnya adalah pada bulan Disember tahun ini, bermaksud, bagi sepanjang tahun 2013 aku ke klinik OnG sebanyak empat (4) kali rawatan sahaja. Nasib orang yang dapatkan rawatan di klinik kerajaan macam ni la, redha je la....yang penting, usaha!


P/s : Masa tulis entri ni, aku ada blog-walking dan google pasal ujian D21 Progesteron ni, ada pendapat yang beritahu D21 ni hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kitaran tetap 28hari. Tapi kalau macam kes aku yang kitaran haid panjang dan lebih dari 28 hari, maybe kurang efektif untuk kesan hormon progesteron. Hurm....nak kena dapatkan second opinion ni!

8 comments:

  1. Kwn nina punye abg jd gynae kat hosp gov. dia kata kalau yg kes tak berat ni, dia buat appoinment sikit2 je.. sabo jela...yelah, patient dia bape ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nina, actually tak marah pun appointment tak selebat org lain, lagipun kenalah sedar diri, nak dpt servis doktor secara percuma, dan kena compete dgn petient lain untuk dptkan rawatan dari doktor pakar hospital gov, inilah antara cabarannya.... :)

      Delete
  2. yana pnah bt ujian on CD21 ni.. untuk cek progesteron level kite..yana pon period irregular, bkn 28hari..tp dah doc suh bt..hantam je la..ni doc ms yana cek dgn az-zahrah aritu..hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana, tu la dia...masa depan doktor tak de la pulak terfikir bab kita ni insan2 terpilih, period kena seru baru dia dtg lenggang lenggok....huhu! Dah sampai opis, google here and there baru nampak isu 28 hari and more tu...alahai! Takpe la, ikutkan je la arahan Doc tu, kang pandai2 pergi hari selain D21 tu kang, kita gak kena marah....tak pasal2 dia tanya "Who's the Doc there, you or me?" Adeh!

      Delete
  3. Lmbat appointmnt n take turn pun x pe yani... Slow tapi steady.. Yg penting usaha tu ada :-) inshaAllah,ada ganjarannya nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Sweet Tooth...usaha dengan rawatan doktor penting, usaha cara alternatif dan tradisional pun sama penting. Point is, tak nak salahkan diri sendiri nanti sebab tak sehabis baik usaha untuk kesihatan diri dan demi zuriat sendiri.

      Delete
  4. Cek hormon on cd21 utk org yg cycle panjang selalunye akan dpt result low progesteron. Sama la cam saya.masa tu sy cek di lppkn. dr adilah ade jugak argue pasal hal ni sbb dia kata x relevan nak cek pada cd21 utk org yg x tetap 28 hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sizuke, noted. Tu la yg tengah bermain dalam fikiran sekarang ni. Tapi semalam masa bincang semula dengan adik (doktor), dia kata sebab tu lah kitaran kedua tu masih dibantu dengan Clomid, in order to regulate/ normalize period cycle kita...atau more to 'fake' the period cycle....huhu! Takpe la, kita tengok apa hasilnya nnt...

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)