01 May 2013

Wrap Up : April 2013


30 April 2013.

Edisi kesimpulan bulan April aku.

Berat Badan : Penurunan berat badan yang sedikit perlahan, kesalahan yang perlu diletakkan pada diri sendiri. Terakhir timbang di klinik OnG pada 26 April 2013, berat badan aku adalah 66.4kg. Tidak banyak penurunan jika dibandingkan dengan berat badan pada bulan Mac 2013 lalu, perbezaan hanya 1.3kg sahaja. In shaa Allah, usaha, usaha dan usaha lagi.

Cuti-Cuti Malaysia : Masih dalam proses mengumpul duit kembali, setelah bercuti ke Sabah pada Mac 2013. Aku dalam perancangan nak bawa mak, bibik bercuti ke luar Melaka memandangkan kesihatan mak masih belum memerlukan mak buat dialisis setiap minggu. Percutian wajib setiap tahun pastinya Cameron Highlands, cuma waktunya belum ditentukan. Adik beradik yang lain ada mencadangkan hari keluarga di beberapa tempat; PD, Langkawi, Pulau Pangkor atau Johor.

Period : Kedatangan period selama 4-5 hari pada CD ke-24. Alhamdulillah, period pada bulan Jan, Feb, Mac dan April yang tidak dipengaruhi oleh sebarang ubat. Cuma, hasil perjumpaan dengan doktor OnG tempohari, kitaran period seperti itu masih belum cukup baik untuk menentukan sama ada aku mengalami ovulasi atau tidak setiap bulan kerana tidak teratur. 

Usaha TTC : Untuk kitaran baru pada bulan Mei ini, usaha diteruskan dengan rawatan ubat Duphaston dan Clomid. Ubat yang dibekalkan adalah untuk dua kitaran (Mei - Jun), dan rawatan susulan di klinik OnG pada bulan Ogos 2013 nanti. 

2 comments:

  1. sue skang rase nak bercuti...
    tapi mngenangkan budget yg ckup tight skang, simpan jelah hasrat tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu~ sama la, yani ni tgh stres dengan kerja pejabat. rasa nak cuti je. tapi tgh kumpul duit, x boleh sesuka hati nak cuti, nnt percutian tak terancang ni selalunya terpaksa berbelanja banyak, membazir!

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)