16 April 2013

Temujanji Klinik OnG April 2013

16 April 2013.

Sebenarnya hati aku gementar menanti temujanji dengan klinik OnG GH Melaka hujung bulan April ini. Temujanji ke-2 untuk tahun 2013. Yang pertama pada bulan Januari lepas, yang mana aku direhatkan daripada ambil apa-apa ubat pil hormon, pil perancang keluarga dan pil turun darah. Semua atas keputusan aku sendiri selepas diberi pilihan oleh doktor. Aku ingin cuba mendapatkan kitaran haid aku secara semulajadi tanpa bantuan ubat. 

Alhamdulillah, aku didatangi period setiap bulan (Jan, Feb, Mac dan April). Walaupun jumlah CD yang tak menentu dan bilangan hari period dalam linkungan 1-6 hari, malah pernah period dua kali sebulan tahun ini, sekurang-kurangnya period datang tanpa dipaksa secara chemically. Syukur sangat-sangat. 

2010 : period yang boleh dikira dengan jari berapa kali aku bertemunya; 

2011-2012 : period yang dibantu dengan ubat turun darah, ubat hormon dan ubat perancang keluarga. 

2013 : In shaa Allah, aku nak cuba period secara semulajadi dan tanpa paksaan ubat.

Mulai semalam juga (15 April 2013), encik suami mula 'berpuasa' sehingga 19 April 2013, persediaan untuk pengambilan sampel sperma di Jabatan Patologi, GH Melaka. Nasib baiklah aku habis period pada 14 April 2013, jadi 'sempat' lunaskan apa yang patut sebelum terlambat. :p

Keputusan ujian sperma akan dibincangkan bersama semasa temujanji di Klinik OnG nanti, aku berharap ada berita menyenangkan untuk persediaan kami kali ini.

Keputusan klinik satu lagi pun Alhamdulillah, semua under control dan aku ada minta satu salinan laporan dari doktor Poli KK Ayer Keroh untuk aku tunjukkan pada doktor pakar OnG nanti, mungkin lepas ni doktor OnG dah boleh cadangkan rawatan kesuburan seterusnya.

6 comments:

  1. Semoga urusan yani dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan segala urusan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak....dalam tenang ada stressnya... :)

      Delete
  3. Yani, errmm slalunya bila dh ade result smua , dia akan suggest nak buat rawatan ape.. sue stop sampai situ je, sbb rawatan yg doctor suggest kat sue, IVF .. yang lelain tak boleh.. so, try alternatif.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke Sue? Yani masih di peringkat awal, masih dicadangkan pil hormon dan diminta kurangkan berat badan setakat hari ini. Tak tahulah apa cadangan doktor OnG masa appointment kali ni. Harap dipermudahkanlah....Sue macam mana skrg?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)