09 March 2013

Homemade Chicken Chop Lagi

8 Mac 2013.

Hari jumaat macam biasa, hari off encik suami. Siang dia balik ke Seremban sekejap, hantar duit bulanan pada famili mertua. Balik Melaka dah dekat petang, singgah opis aku, janji balik sama-sama.

Mula-mula plan nak balik rumah lepas tu keluar pergi makan di Restoren Rasamas di Tesco Melaka berdekatan Aeon Bandaraya tu. Tapi fikir-fikir balik, mesti makan masa nak sampai Bandar Melaka on time, mesti jammed sebab ramai nak masuk bandar Melaka bershopping.

Sms encik suami yang memandu di belakang kereta aku. Tanya nak makan chicken chop tak? Buat sendiri di rumah....senang, santai dan boleh makan sambil lepak depan tv laki bini. Bukan main happy muka encik suami bila cadangkan macam tu. So, settle masalah. Beli bahan mentah di Econsave. Kali ni resepi tak menderhaka. Aku siap buat sayur campur coleslaw untuk pinggan aku. 

Cewah, makan malam sambil bersila depan tv, sambil tengok filem Rocky Balboa di TV2 tu sampai habis (filem tu habis tepat 12.00 tengah malam). Selesai makan, rehatkan badan jap atas sofa, nak hilangkan mengah kekenyangan. Encik suami ambil bantal banyak-banyak dari bilik tidur, letak depan tv lepas tu ajak baring dengan dia. Sedapnya menonton tv sambil peluk, bergomol dengan suami atas lantai walaupun dia kata sakit pinggang dan belakang baring lama-lama atas simen. Hahaha~

P/s : Seronok memasak di dapur bila encik suami sama-sama menolong di dapur...

Pinggan si isteri

Pinggan encik suami

8 comments:

  1. Wah...lapor...lapor... terliur tgk gambor chiken chop versi soleh ni (x menderhaka kan...kalo anak, kira soleh la tu...heheheheh)

    ReplyDelete
  2. Sweet Tooth : Huhuhu....soleh la sgt chicken chop ni...kali ni tambah cendawan butang dalam tin sbb wild mushroom soup xde isi sgt. Baru puas hati dpt rasa cendawan besar2...

    ReplyDelete
  3. bestkan kalo suami turun dapor gak...sonok.rasa mesra sgt...

    ReplyDelete
  4. Umaira Umar : Mmg seronok, tapi mulut dok membebel la, lain yg disuruh lain yg dibuat...hahaha! Dah kekenyangan, masing-masing dok usap perut org sebelah, lawan sapa paling ke depan...hehe!

    ReplyDelete
  5. best kalo dpt wat sendiri..mkn kt umah lg sedap kan

    ReplyDelete
  6. Kak Fairus : Haah, betul tu...makan kt rumah lebih santai, true color lebih terserlah takde nak cover2 macam masa di public.. Huhu

    ReplyDelete
  7. buat lagi? waaaaahhh best.. ida belum berkesempatan nk buat lagi.. hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ieda : Ni namanya menu penyelamat, tak kuasa nak duduk lama-lama kat dapur. Hehe~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)