08 March 2013

Herbalife : Berat 8 Hari Pasca Mac 2013


8 Mac 2013.

Progress update tentang berat badan aku. Setelah struggle dengan mood merudum disebabkan berat badan naik ke angka 70++kg semula selama hampir tiga (3) minggu, berat badan selepas 8 hari di bulan Mac kembali ke angka 60++kg, iaitu 69.4 kg.

Sepanjang tiga (3) minggu terakhir bulan Februari 2013 kesihatan badan terganggu; demam panas, selesema dan batuk berpanjangan. Mungkin hormon tak stabil masa tu, walaupun aku rasa aku dah cukup kawal makan sepanjang sakit tu, tak layan sangat tekak.

Untuk rekod, bacaan timbang pada 28 Februari 2013 tempohari adalah 70.2 kg. Bermaksud dalam tempoh lapan (8) hari, ada penurunan sebanyak 0.8 kg. Mungkin pengambilan TC Formula bermula minggu lepas (28 Februari 2013) ada membantu serba sedikit dalam usaha menurunkan berat badan.

Ini bermakna penurunan keseluruhan setakat hari ini adalah sebanyak 11.2 kg sejak aku mula amalkan Herbalife. (Note: Berat sebelum amalkan Herbalife adalah 80.6kg pada 15 Jun 2012).

P/s: Blogwalking ke blog rakan-rakan Herbalife yang dah mula makan TC Formula, ada yang dah turun 1 - 3 kg dalam masa dua (2) hari ! Sangat teruja, ok !

4 comments:

  1. Replies
    1. Apa yang wow tu Leah? Huhu....Belum tahap wow lagi...

      Delete
  2. hanya mampu tgk perubahan positif yani je...

    bila turn sue plak ni..huu..dush..dush..dush... kepala sndiri :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Sue, in shaa Allah...usaha slow-slow, jangan pressure diri sendiri.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)