30 October 2012

Diet Badam Panggang

Belajar dari kesilapan.
Masa senggang antara hidangan aku ambil kacang botak untuk hilangkan rasa lapar (tak de la lapar sangat, cuma mulut nak mengunyah sesuatu, dah terbiasa). Ingatkan tak mengapa, tapi bila aku rujuk page Herbalife, kacang adalah merupakan antara makanan berkalori tinggi dan tidak digalakkan semasa proses penurunan berat badan. Oh em gee!

Bila aku rujuk pada rakan-rakan yang dah lama amalkan Herbalife, mereka beritahu boleh ambil makanan semasa masa senggang tapi perlu berkhasiat macam salad, buah-buahan dan kekacang yang tidak tinggi kalori. Salah satunya adalah kacang badam, yang mana perlu diambil segenggam dua setiap hari dan elok untuk mereka yang sedang berdiet.

Malam semalam, aku ke kedai beli kacang badam untuk buat bekalan makan masa senggang, tapi kalau makan macam tu je, pasti lama-lama akan rasa muak. Aku teringat masa bulan puasa hari tu, kakak aku ada panggang kacang badam untuk buat kuih raya. Keluar dari oven, memang semerbak bau wangi harum badam tu, malah lebih rangup! Jadi, aku pun buat juga benda yang sama, aku panggang guna oven mak aku, tapi kenalah tunggu tepi oven sambil sesekali balik-balikkan badam tu takut hangus pula. Oven mak aku ni macam-macam perangai skit, kejap panas, kejap idak...huhu!

2 comments:

  1. Yeke?? Ida nak try gak lah... badam ohhh badam, kemari kau... hikhikhik

    ReplyDelete
  2. ieda, badam elok untuk orang berdiet. dari kunyah tit bits dan keropok-keropok, baik makan badam...

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)