17 July 2012

Kena Basuh Cukup-Cukup



Sambungan cerita bibik lari semalam.
Kakak aku yang sepatutnya balik ke Johor semalam petang untuk ambil anak-anak dia yang ditinggalkan seminggu di rumah mertua di Johor terpaksa ubah rancangan pasal nak gi ambil bibik di balai polis Sungai Udang. Menyusahkan betul indon ni....

Kakak aku call masa dah nak dekat habis kerja, suruh balik uruskan makan minum mak kat rumah sementara dia dan suami pergi uruskan hal bibik ni dengan agen. Aku ingatkan memang dah habis cerita macam tu je la, tak de la jumpa muka bibik ni lepas ni. Tapi dalam masa yang sama aku memang tengah menyumpah-nyumpah bibik ni dalam hati sebab dah menyusahkan aku sekeluarga dengan tindakan pendek akal dia ni. Dalam hati aku dok bercakap-cakap....kalau lah jumpa lagi dia, memang aku basuh cukup-cukup bibik ni! Siap kau!

Sekali...masa aku sampai kat rumah, aku nampak kereta akak aku dan sebuah lagi kereta ada di halaman rumah. Sah!! Bibik tu masih ada kat rumah aku, rupanya akak aku, mak aku dan agen dia tengah soal siasat kenapa dia lari dari rumah. Aku masuk, salam semua lepas tu masuk bilik dulu. Hati tengah bengkak je tengok muka bibik tu tapi aku diamkan dulu, kasi peluang akak aku dan agen berbincang apa nak buat dengan bibik ni.

Lepas tu, akak aku panggil aku duduk sekali kat ruang tamu, nak tanya dua tiga perkara yang bibik timbulkan, kononnyer dia terasa hati dengan apa yang aku adik beradik bualkan masa tengah makan, kononnya dia ingat kami tengah bincang nak hantar balik bibik dalam masa 3 bulan! Terbeliak mata aku dengar akak aku cakap macam tu! Dia siap cakap dia curi dengar apa kami dok bualkan masa dia dalam bilik air sebelah dapur makan. Aku tak pernah cakap macam tu, apantah lagi berbual dengan akak aku isu ni pasal bibik.....dia ni apa hal? Sewel ke? Aku memang dah panas hati dah masa tu. Yang aku pelik tu, time kerja sepanjang tempoh dia ada ni, mak aku panggil dia kalau nak apa-apa sampai kena menjerit sebab dia ni jenis lembab (pekak pun ade kot!), sepuluh kali panggil baru terhegeh-hegeh sampai. Tapi pasal curi-curi dengar/ pasang telinga hal yang kami adik beradik bualkan, boleh plak ko dengar?? 

Dah tu, bila akak aku tanya apa yang buatkan dia lari dari rumah, dia terdiam tak boleh jawap.....kan?? Sebenarnya tak ada alasan langsung dia nak lari, bukan kena dera pun, jentik pun tidak. Nak kata tak bagi makan, hello? Kau makan pun satu meja dengan kami semua tau? Apa kami makan, kau makan juga, tak de nyer kami nak bagi makan sisa-sisa makanan kami. Kemain gemuk aku tengok badan kau kalau nak bandingkan masa mula-mula sampai dulu. Habis tu, apa tujuan sebenarnya kau nak lari sangat ni? Kau ingat kerja kat Malaysia boleh suka-suka minta cuti nak balik sekejap Indonesia pastu datang balik kerja kat rumah aku? Raya nanti pun nak minta balik beraya? Kontrak kau dua tahun kerja kat Malaysia, tak faham bahasa sangat ke?

Aku soal dia depan-depan agen, "Bibik lari dari rumah ni, sampai pergi mengadu dengan polis ni, bibik ingat polis senang-senang je hantar pada agen, lepas tu agen ambil bibik dan terus hantar balik ke Indonesia? Bibik ingat semudah itu ke? Agen boleh jamin bibik boleh balik dengan selamat ke Indonesia ke?

Agen tu yang duduk sebelah dia tersenyum je. See.....!!! Agen tu sendiri tak berani nak bersuara, tak boleh janji pun kau boleh balik Indonesia senang-senang macam tu....dasar Indon tak ada otak! Paling tidak pun, agen tu simpan kau setakat seminggu dua, lepas tu dia suruh kau kerja kat rumah orang lain. Dapat kau kerja kat rumah bukan Melayu, bukan kata nak solat, kain sejadah kau pun belum tentu majikan kau tu kasi bawa masuk dalam rumah dia! 

Aku memang sangat-sangat marah masa tu. Tindakan dia lari tu betul-betul tak berotak punya tindakan. Kalau apa-apa terjadi pada mak aku masa kau lari tu, memang aku doakan kau tak balik langsung Indon, pedulik apa aku kau sakit ke hapa.

Dah dekat maghrib masa tu, akak aku suruh agen bawa balik dulu dia, sebab kami adik beradik nak bincang apa tindakan selepas ni, sama ada nak teruskan dengan bibik yang sama atau mak tak ada siapa yang tolong jaga sementara nak tunggu agen ganti dengan bibik yang lain. Akak aku cakap, masa aku tak sampai rumah tadi, bibik tu punya cara cakap macam nak tak nak kami semua kena maafkan dia juga....ape hal? Ingat kita boleh senang-senang maafkan dia dan buat macam tak ada apa-apa berlaku selepas ni. Pada agen pun kakak aku dah cakap terus terang, kalau macam ni gaya bibik ni, kalau lah katakan lepas ni teruskan dengan bibik ni, kalau dia buat hal lari dari rumah lagi, bukan salah kami semua dalam rumah tu. Itu memang salah bibik tu sendiri.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)