Aku nak beli buku-buku Dr. HM Tuah Iskandar, antaranya:
a) Bukan Main Lagi (terbaru)
b) Jom Mengetop (terbaru)
c) Ada Bagus..Bagusss - sudah ada dipasaran
d) Jangan Main Main - sudah ada dipasaran
e) Nak Jadi Jadi (terbaru)
jadi...doakanlah kewangan aku tahun 2010 ini baik-baik sahaja agar impian aku tercapai...amin!
Updated! ~21/12/2009~
Berkobar-kobar bila dah jumpa buku ni kat JJ Ayer Keroh, haruslah beli kan?
Satu perkara je aku tak puas hati dengan Popular Bookstore JJ Ayer Keroh ni, sangat-sangat kurang buku kat rak Self-Improvement. Ade ke patut 1 rak je? Hampir separuh dari Popular Bookstore tu dipenuhi dengan buku berbahasa Cina. Adakah ini menunjukkan kaum Cina lebih gemar membaca buku berbanding kaum lain, terutamanya kaum Melayu? Terasa macam satu 'wakeup call' pada diri aku. Tak tahu la kalau orang Melayu lain tak terkesan dengan situasi ini.
Apa-apa pun, aktiviti book-hunting aku masih diteruskan. Jengah laman web Popular Bookstore tadi, ada 3 buah Popular Bookstore di Melaka; 1 di JJ Ayer Keroh, 1 di Pasaraya Tesco (dekat Melaka Central) dan 1 lagi di Plaza Melaka di Jalan Gajah Berang. Sedikit keraguan sama ada senarai buku-buku di Popular Bookstore yang berada di Plaza Melaka adalah paling terkini, sebab aku pernah survey kat sana. Outdated sikit koleksi buku-buku kat sana. Mungkin aku terjah Popular Bookstore kat Pasaraya Tesco dulu kot....mana tahu terjumpa buku-buku yang aku cari selama ini.
Kalau ada sesapa tahu lubuk kedai buku yang update dari segi koleksi buku-buku dia, kasi tahu aku ye?
Kat Bandar Baru Sungai Udang tu, aku harap-harap sangat lah dibuka sekurang-kurangnya sebuah kedai buku yang lengkap untuk kemudahan masyarakat setempat aku tu. Kedai buku Ah Chong ke, kedai buku Maniam ke, kedai buku Tipah ke....tak kisah la, asalkan kedai buku yang senonoh skit. Jangan lak letak majalah picisan macam Majalah Mangga, URTV, dan so on yang tak de faedah langsung tu....buat semak je. Tak merangsang minda langsung. Huh!
Dengar kata, Bandar Baru Sungai Udang tu nanti akan dibuka Pasaraya Carrefour. Wow! Kita tunggu dan lihat ok...
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)