Pejam celik, pejam celik, tahun depan anak tunggal kami dah nak masuk Tahun 1 sekolah rendah. InshaAllah bulan Mei ni, pendaftaran kemasukan Tahun 1 akan dibuka dalam Sistem Pengurusan Identiti (IdMe) KPM, kena pantas-pantas buat permohonan ke lokasi sekolah rendah terdekat dengan kawasan perumahan kami. Papanyalah nanti yang akan menguruskan hantar dan ambil anak ke sekolah, jadi kalau boleh biarlah dekat dengan rumah sekolahnya nanti.
Kisah Ramadhan 2024?
Masih kekal memasak di rumah walaupun selesa dengan satu menu lauk sahaja sehari, selang dua minggu puasa akan cuba balik ke Seremban berbuka dengan keluarga mertua. Oh ye, alhamdulillah anak bujang kami sedang berlatih berpuasa walaupun tak penuh sehingga waktu maghrib. Syukur dapat juga dia berpuasa sehingga jam 3.00 petang, cuma di sekolah kecundang awal bila tengok kawan-kawan makan depan mata..heheh...takpe la, belum wajib pun untuk dia berpuasa. Tak meragam sepanjang hari berpuasa dah besar rahmat kan? Sahur pun dia bangun, Mama dia la kena pujuk baik-baik suruh makan dan suapkan makanan ke dia.
Oklah, inshaAllah ada rezeki kita cerita perkembangan hidup di sini lagi ya....Assalamualaikum, Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya (in advance ....heheh)!!
No comments:
Post a Comment
Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)