04 August 2020

Gulai Lemak Cili Api Udang dan Cendawan Kukur

4 Ogos 2020.

Dah lama tak update blog peribadi ni dengan resepi dan lauk yang dimasak. Minggu lepas sebelum Raya AidilAdha ada jadi dropship tolong jualkan cendawan kukur staf di pejabat kepada adik beradik dan staf di pejabat adik beradik. Beli juga untuk diri sendiri untuk masak masa cuti. Rasanya dulu pernah letak dalam blog ni resepi Gulai Daging Salai dengan Cendawan Kukur. Kali ini kita gandingkan dengan udang pula.

Bahan-Bahan:
30 ekor udang sederhana
100 - 150gm cendawan kukur organik (direndam selama 30 minit- 1 jam)
4-5 batang cili merah
7-8 batang cili padi
6-7 biji bawang putih
1 ulas bawang merah (optional)
1 kotak santan
Serbuk kunyit
1 batang serai yang dititik
Asam keping
Garam

Cara Memasak:
1) Blend cili merah, bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai hancur.
2) Masukkan bahan blend dalam periuk, masukkan santan, serai, serbuk kunyit dan tambah air sedikit.
3) Cendawan yang direndam, ditos dan kemudian dimasukkan dalam periuk. Kacau rata sampai cendawan jadi lembut.
4) Agak dah nak masak, masukkan asam keping dan garam.
5) Dah mendidih, bolehlah ditutup api dan dihidang dengan nasi putih panas-panas.


2 comments:

  1. Wow....tgok nama cendawan kukur tu nak tanya la...org NS ke? selalu orang NS je panggil Cendawan Kukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak,orang Melaka. Tapi suami orang Nismilan. Hehehehe

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)