26 June 2020

Ibadah Aqiqah Di Tanah Suci Makkah Untuk Anak

26 Jun 2020.

Alhamdulillah, tertunai juga ibadah aqiqah untuk anak bujang seorang ini menjelang usianya 2 tahun 3 bulan. Tertangguh lama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mostly faktor kewangan. Bila ternampak iklan ibadah aqiqah di Tanah Suci Makkah oleh syarikat Mutawwif Haramain di posting Ustazah Siti Khadijah, hati memang meronta-ronta nak percepatkan aqiqah untuk anak. Berhubung terus dengan Ustaz yang menguruskan proses aqiqah tersebut melalui whatsapp, akhirnya selesai juga urusan aqiqah seekor kambing untuk anak.

InshaAllah, ada rezeki memang nak selesaikan urusan baki aqiqah anak ini segera. Sementara belum ada apa-apa komitmen kewangan dan sementara duit gaji dengan kenaikan KGT baharu ini masuk. Jangan ditanya kenapa kami tak buat majlis aqiqah macam tradisi orang Melayu kita biasa buat, siap bermajlis bagai, ada kenduri bagai dan jemput sanak saudara. Kami buat benda yang wajib sahaja. Bab nak jaga hati orang lain, sampai mati pun tak akan ada orang yang puas hati dengan cara kita. Biarlah. 

Updated!
Daftar dan bayar aqiqah untuk anak pada 25 Jun 2020, alhamdulillah pada 27 Jun 2020 pihak syarikat Mutawwif Haramain maklumkan dengan bukti bergambar serta video proses aqiqah yang telah dijalankan di Tanah Suci Makkah.  Timbul satu perasaan sebak bila tengok video tu, rasa ringan sedikit beban dalam hati yang selama ini tersekat dek kerana tertangguh ibadah aqiqah ini. Comellah anak kambing anak Mama ni..hehehe!


1 comment:

  1. tahun ni di Malaysia x banyak kan buat qurban..
    yang saya daftar pun dibatalkan.. kena cari diluar jua..
    xpe rezeki mereka disana =)

    semoga Allah terima ibadah qurban kita..

    ReplyDelete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)