Hari terakhir timbang berat untuk submit pada coach sebelum bulan Ramadhan lusa.
Penurunan 8.5kg mungkin tak banyak bagi sesetengah orang. Tapi bagi aku, dah cukup besar rahmat dapat sampai ke tahap ini bila aku bandingkan dengan usaha yang aku buat selama ini. Tapi, bukan timbangan berat semata yang diambil kira.
Non-scale victories sepanjang perjalanan weight loss ini:
- baju-baju kurung lama dah boleh pakai selesa dan longgar
- seluar track yang sendat di paha dah jadi sangat longgar
- badan rasa ringan masa solat
- pakai cincin di jari - longgar
- penurunan lemak dari 42.0% kepada 39.2%
- rasa lebih bersemangat, gembira dan positif
Alasan kenapa timbangan berat dibuat pada akhir minggu ketiga cabaran WLC ini, tidak seperti selalu iaitu pada hujung minggu keempat setiap bulan. Alhamdulillah ada penurunan berbanding WLC bulan lepas.
Byk dapat turun Tu. Mama nak turunkan 3kg pun bercinta
ReplyDeleteAlhamdulillah, slow progress ( 8.5KG untuk 5 bulan) tapi berbaloi.
Delete