26 September 2016.
Acara larian luar Melaka yang pertama kami suami isteri sertai tahun 2016 ini, yang mana pendaftaran penyertaan kami isi seawal bulan Mei yang lepas. Lama kan? Sampai hampir terlupa dah kami...nasib baik selalu semak status FB penganjur.
Kami ambil keputusan untuk bergerak dari Melaka jam 3.00 pagi dengan memasuki tol Ayer Keroh. Ngantuk tapi perasaan teruja mengatasi segala-galanya. Kami sampai di Persiaran Flora, Cyberjaya jam 5.00 pagi dan sempat solat di bawah bangunan CBD2. Acara dimulakan jam 6.20 pagi dengan sesi memanaskan badan dengan regangan dan tarian zumba.
Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Family Fun Run 3KM, Open Beginner Run 6KM dan juga 12KM. Flag off kami adalah pada jam 7.15 pagi bagi kategori 6KM. Cuaca pun hari Ahad lepas adalah baik walaupun awan agak mendung. Aku selang selikan larian dengan briskwalking bagi mengelakkan kekejangan kaki sepanjang route tersebut. Bila dibuat perbandingan di antara jarak yang penganjur umumkan dengan jarak dalam aplikasi Strava aku, sebenarnya route tersebut lebih panjang iaitu sekitar 7KM. Untuk rekod, aku berjaya menghabiskan larian dalam tempoh 1 jam 9 minit untuk jarak 7KM dan sampai di finish line sekitar jam 8.25 pagi.
Selepas mendapat goodies bag dan medal finisher, kami berdua mengambil peluang bergambar di sudut photobooth yang disediakan. So far bagi kami berdua yang baru terlibat dengan acara larian ini, kami seronok dan berpuas hati dengan penganjuran larian macam ini cuma terdapat beberapa kekurangan yang masih boleh ditambahbaik oleh pihak penganjur di masa akan datang. Contohnya; menyediakan tenaga kerja marshall yang mencukupi di setiap chekpoint untuk menunjuk arah, memperbaiki kualiti water station dan memperkemaskan proses penyerahan medal finisher, goodies bag dan food pack.
Inilah medal finisher yang ditunggu-tunggu...akhirnya berada dalam genggaman tangan sendiri! Medal ketiga yang aku perolehi tahun 2016 ini.
wah...tahniah...dari virtual run ke actual run!
ReplyDeleteTerima kasih! Cuba-cuba dulu berlari untuk jarak yang pendek dulu. Bila communicate dengan avid runner...baru tahu ada banyak kategori dan jarak larian...sampai 100KM pun ada! Huhuhu...tak termampu lagi. Tapi seronok nak involve running event for fun and health.
Deletesaya rasanye memang tak mampu dan tak akan masuk yang 21km above hahaha...sebab minat asal untuk hiking..join larian/virtual just for motivation...sebab bila dtg rasa malas,virtual run lah penyelamat!
DeleteBetul3x....sebelum ni saya tak tahu pun wujudnya term virtual run, ingatkan running event sahaja yg wujud. Memang tertarik dengan konsep virtual run...kena betul2 semangat kental kalau nak join running event yg berjarak jauh ni...
Delete