15 July 2016

Resepi Es Nangka Selasih Banjar


15 Julai 2016.

Kalau perasan dalam FB sekarang ni, ada satu page Tastemade untuk beberapa negara yang paparkan resepi-resepi menarik; contohnya Tastemade Indonesia. Semalam ternampak ada satu resepi yang menarik iaitu resepi Es Nangka Selasih Banjar. Kebetulan pula semua bahan-bahan yang digunakan ada di rumah kecuali jeruk nipis atau limau nipis, jadi aku gantikan dengan buah lemon.

Bulan Ramadhan aritukan viral air Soda Herbs kan? Sampai sepupu aku buat bisnes air Soda Herbs tu di bazar Ramadhan dan dapat sambutan baik. Aku ada juga beli air Soda Herbs tu, pada aku sedap lah, rasa refreshing time berbuka tu tapi tak bolehlah minum selalu sebab bahan utamanya adalah ais krim soda (bergas), ada juga yang tukar dengan air 100 Plus (eerr ni aku tak boleh brain apa agaknya rasa dia). So, bolehlah cuba resepi es nangka selasih banjar ni masa buat rumah terbuka ke atau masa jamu famili.

Resepi Es Nangka Selasih Banjar

Bahan-bahan:

Buah nangka yang telah dibuang biji dan dipotong kecil
Jeruk nipis @ limau nipis (aku gantikan dengan perahan lemon)
Air gula (aku gantikan dengan stevia)
Biji selasih yang direndam seketika
Ais
* kuantiti terpulang kepada citarasa kita, pepandai la korunk agak

Cara-cara:

1) Buah nangka dibuang bijinya, lepas tu potong kecil-kecil. Masukkan dalam gelas.
2) Masukkan ais batu, kalau lagi hancur lagi baik.
3) Jeruk nipis/ limau nipis/lemon digelek. Lepas potong, perahkan air perahan dan tuangkan ke dalam gelas berisi ais dan nangka tadi.
4) Tuangkan air gula/sirup gula.
5) Taburkan biji selasih yang telah direndam seketika.
6) Hidangkan.

My Verdict: Kalau guna perahan lemon, jangan letak banyak-banyak sangat nanti terlampau masam. Mengeliat satu badan kemasaman, huhuhu....next time, nak cuba pakai limau nipis pula nak bezakan rasanya.

2 comments:

  1. wa....ini dpt time haus ni..laju habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....confirm laju Ann....nak-nak lak kalau musim panas.....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)