13 July 2016

Puasa Qadha Ramadhan 2016M/1437H

13 Julai 2016.

Salam Syawal 1437H!
Hari ini 8 Syawal 1437H baru berkesempatan melakukan ibadah puasa ganti (qadha). InshaAllah perlu selesaikan puasa ganti selama 2 hari dan selepas itu sambung dengan puasa sunat Syawal 6 hari.

Tu la dia..ingatkan dapatlah puasa penuh Ramadhan tempohari, tapi perancangan Allah SWT lebih baik dari sangkaan diri sendiri kan? Dia beri peluang fokus pada ibadah puasa dan terawih lengkap 28 hari, baki lagi 2 hari Dia kasi rehat...tu pun 2 hari sebelum raya. Period datang selama 7 hari, dan betul-betul bersih dari darah haid pada 10 Julai 2016.

Memandangkan bulan Julai ini aku dah kembali ke waktu bekerja anjal WB3 (8.30 pagi - 5.30 petang), inshaAllah aku masak lauk berbuka setakat yang aku mampu sebab by the time sampai rumah, memang waktu dah agak suntuk untuk masak beria. Tapi, macam hari ni, aku dah siap-siap masak lauk untuk berbuka malam tadi sebelum tidur. Jadi, balik nanti tanak nasi dan buat sayur goreng sementara panaskan balik lauk tu. Incase betul-betul tak sempat, kenalah guna pakai plan B iaitu makan luar....hehehehe!



No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)