24 May 2016

Persiapan Raya 2016 : Cat Pagar & Dapur Rumah Pusaka


24 Mei 2016.

2 minggu berturut-turut pantau kerja-kerja mengecat pagar dan dapur rumah pusaka arwah Mak ni. Kebetulan beberapa minggu lepas ada ternampak dalam FB ada orang iklankan servis mengecat rumah untuk hari raya, so pucuk di cita ulam mendatang la kiranya ni. Pagar batu dan dapur rumah pusaka ni memang dah beberapa tahun dah tak dicat baru, memang dah nampak usang sangat. Jadi bincang baik-baik dengan adik beradik untuk cat semula bahagian-bahagian rumah dengan menggunakan peruntukan penyelenggaraan rumah pusaka yang kami adik beradik simpan bersama.


Minggu pertama, uruskan kerja-kerja mengecat di luar rumah dahulu. Nasib baik cuaca elok, cuma hujan sekejap waktu tengahari, petang tukang cat sambung selesaikan kerja-kerja mengecat.









Minggu kedua (Ahad lepas), sambung kerja-kerja mengecat di dalam dapur rumah pula. Malam Sabtu tu kami suami isteri dah siap-siap alihkan barang-barang dari dapur ke ruang tengah rumah. Warna cat dinding dapur kami sengaja ambil kod warna biru sebab nak matchingkan dengan warna lantai. Hehehe.....

Sebelum : Warna asal dinding dapur


Selepas : Warna baru dinding dapur

Susun atur semula kedudukan almari dan rak di dapur, sempena mood menjelang bulan Ramadhan

4 comments:

  1. bagusnya dah cat awal...kita ni duk terfikir fikir nak cat ke tidak rumah tahun nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lynn, ni dah tahap wajib cat semula sebab dah lebih 6 tahun kot tak tukar cat, dah naik lumut dan cat banyak terkopek. Tahun 2016 cat semula, entah tahun bila baru maintain semula. Sementara tu sempat la menyimpan duit.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah masing-masing ada kesedaran untuk buat tabung kebajikan dan penyelenggaraan bersama untuk rumah pusakan ni waktu arwah Mak masih ada lagi. Menyimpan bulan-bulan alhamdulillah tak perit berbanding keluar duit sekaligus. Bil-bil cukai tanah dan indah water pun ambil dari sumber yang sama.

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)