13 May 2016

Kehilangan Orang Yang Menerima Baik Kehadiran Diri Ini

13 Mei 2016.

Selama hidup berumahtangga ini, aku berpeluang berjumpa 2 orang insan yang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup aku. Walaupun ditakdirkan pertemuan kami hanya sementara, tapi ia sangat terkesan. Maksud aku, insan yang pertama kali berjumpa, melayan aku dengan mesra dan tanpa prejudis serta membuatkan aku berasa "diterima" dalam kalangan ahli keluarga.

Insan pertama : Arwah kakak ipar tunggal aku.

Aku masih ingat pertama kali berjumpa arwah kakak ipar di rumah mertua masa hari raya 8 tahun lalu, suami bawa aku ke sana untuk diperkenalkan pada mak ayahnya. Kebetulan masa tu arwah kakak ipar ada sama, dan ketika itu dia masih bergelar menantu dalam keluarga mertua. Mesra layanannya, paling aku ingat, arwah Kak Z bertanya apa panggilan suami antara kami berdua. Segan-segan aku jawap "Abang". Happy sungguh wajah Kak Z, dipeluknya aku sambil mengusik.

Masa hari perkahwinan kami, aku dapat perkhabaran Kak Z sudah bercerai dengan abang ipar aku. Jadi, sebab tulah masa hari nikah aku tak nampak kelibat Kak Z dan anak-anak. Lepas itu, aku banyak berkomunikasi dengan Kak Z dan anak-anak buah melalui whatsapp, FB chat dan inshaAllah setiap kali raya. Aku tahu Kak Z menderita sakit bertahun-tahun lamanya, menyebabkan pergerakannya agak terbatas.

11 Mac 2016. Arwah Kak Z meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi selepas pembedahan usus di hospital. Yang aku amat terkilan, dua hari sebelum meninggal kami berdua suami isteri ada singgah sebentar ke rumah mertua dan dimaklumkan oleh abang ipar bahawa Kak Z baru lepas operate dan masih di wad. Abg ipar kata kalau ada kesempatan pergilah jenguk. Memandangkan kami berdua ada hal di luar Seremban, kami bercadang nak melawat masa dalam perjalanan balik nanti. Tapi disebabkan kami balik pun dah lewat malam, jadi tak sempat singgah. Esoknya dah masuk kerja dan sibuk dengan macam-macam kerja. Sehinggalah kami dapat berita kematian arwah Kak Z, kami bergegas balik ke Seremban, dan alhamdulillah dapat hadir sama semasa majlis pengebumian.

Satu-satunya kakak ipar yang aku ada. 

Insan kedua : Arwah Mak Ngah

Mak Ngah, mak saudara suami yang tinggal di Gopeng, Perak. Pertama kali kami berjumpa dan singgah bermalam di rumahnya semasa melawat bapa saudara suami (adik lelaki mertua perempuan) yang sakit. Kami berdua (Mak Ngah) rancak berbual di dapur semasa menyediakan hidangan sarapan. Bergelak ketawa. Mostly isu perbualan kami tentang ibu masing-masing. Aku berkongsi cerita lucu semasa arwah mak masih hidup, kisah penggunaan alat bantu dengar (hearing aid) sebab Mak Ngah mengadu nak belikan ibunya alat yang sama sebab pendengaran ibunya yang semakin kurang. 

Masa nak balik, arwah Mak Ngah ada pesan kalau ke utara, jangan lupa singgah di rumahnya. Hati aku rasa seronok semasa di sana, terasa kehadiranku tak janggal.

Beberapa minggu lepas, mertua beritahu bapa saudara (Pak Ngah) meninggal akibat komplikasi diabetis di hospital. Tapi kami suami isteri tak dapat balik menjengah, cuma mertua sahaja yang kesana. Hujung minggu lepas, semasa menemankan mertua ke kenduri perkahwinan sepupu suami di Tambun, Perak, barulah mertua buka cerita...10 hari selepas arwah Pak Ngah meninggal, Mak Ngah pula meninggal. Aku sangat terkejut. Rupa-rupanya arwah Mak Ngah menderita penyakit kanser payudara. Akibat takut untuk ke hospital dan menjaga suami yang sakit, arwah Mak Ngah rahsiakan penyakitnya. 

Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tahu berita pemergian Mak Lang. Sedih dan terkilan sebab tak dapat jenguk masa masih hidup.

2 comments:

  1. Replies
    1. thanks Nabila Syifa....hanya mampu luah dengan tulisan dalam entry blog sahaja....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)