26 April 2016

IUI : 2nd Appointment Dengan Dr. Sukhilmi

Throwback : 26 April 2016

CD40 (12 Mac 2016), breast sore muncul dan seperti yang dijangkakan, 14 hari kemudian period datang (26 Mac 2016). Terus call klinik dan maklumkan nak buat temujanji. Staf nurse suruh datang je pada CD12 (6 April 2016) pada sebelah petang.

Masuk jumpa doktor dan scan, doktor kata dapat kesan 2 biji telur di tiub kanan rahim. Sebelah kiri takde respons. 1 telur saiz kecil (doktor tak beritahu apa saiz, cuma kata kecil je), 1 lagi telur saiz 20mm. Dr. Sukhilmi suggest buat prosedur IUI pada hari Jumaat pagi (8 April 2016) iaitu CD14.

Dr. preskrip suntikan HuCOG 5000 IU untuk pecahkan telur, dan perlu suntik di perut jam 10.30 malam tu juga. Mula-mula Dr. Sukhilmi suruh bawah suntikan tu ke mana-mana klinik 24 jam untuk bantu suntik. Bila aku maklumkan adik bongsu bekerja sebagai doktor, terus doktor lega dan tulis nota pada adik bongsu arahan apa langkah nak buat. Dr. Sukhilmi siap pinjamkan ice box untuk tempatkan suntikan HuCOG tu sebab ia perlu berada dalam keadaan sentiasa sejuk.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tak sakit pun kena suntik, cuma once ubat dah meresap masuk, ada rasa perit sikit lepas tu ok. CD13 (7 April 2016) perasan ECWM ada keluar.

Kos yang terlibat :
Caj konsultasi : RM40.00
TVS ultrasound : RM60.00
Suntikan HuCOG 5000 IU : RM65.00

4 comments:

  1. Replies
    1. sekadar berkongsi pengalaman diri sendiri....harap dapat membantu apa yang patut...

      Delete
  2. Replies
    1. belum rezeki lagi CPT...thanks alot mendoakan Yani ye? :)

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)