24 Mac 2016.
Dah dua minggu lebih selsema, bersin dan batuk berkahak. Demam takde pulak. Hari-hari tak pernah miss minum air minimum 3 liter lebih (4-5 kali ulang isi penuh air dalam botol 750ml tupperware tu), punnnnn bibir tetap jadi kering, pecah-pecah dan luka. Hadoi....sakit betul bila nak senyum dan bercakap. Tersentak-sentak dibuatnya bila bibir terluka lagi.
Satu lagi, tumbuh ruam kat a few part kat badan, especially leher dan tepi pipi. Minggu lepas, masa ruam naik tetiba kat sekeliling leher, aku sapu dengan bedak botol merah arwah mak tu...elok memang elok, tapi kulit jadi mengerutu berparut. Seriau bila sentuh leher sendiri. Ruam naik kat pipi, jadi merah-merah dan gatal. Dah bertanda-tanda pula pipi. Aku sapukan dengan baki ubat sapu klinik, nak hilangkan gatal. Nanti nak minta adik aku ambil lagi ubat sapu tu kat klinik.
Kat rumah, dah seminggu lebih perasan...kucing-kucing dok lari tidur dalam toilet tetiap malam. Memula seekor je, lepas tu dah ketiga-tiga ekor bantai lepak dalam toilet berjemaah. Panas sangat la kot. Tetengah malam kalau bangun nak buang air, duduk je kat toilet seat dalam keadaan mamai, mesti rasa tak selesa...mana taknyer, masing-masing dok duduk menghadap kita buat hal kita (macam dalam gambar atas ni). Dia punye tenung lain macam...perhatikan je setiap pergerakan kita. Hahahaha....sabau je la.
Kalau ikutkan panas memalam, memang rasa nak tidur dalam aircond je. Hari tu 4-5 hari jugalah tidur dalam bilik dan pasang aircond. Pukul 3-4 pagi bangun balik tutup aircond tu, hidung dah tersumbat sebab sejuk sangat. Lepas tu tarik tilam tidur kat ruang tamu, pakai kipas balik la. Tak larat hari-hari beraircond, kang naik mencanak-canak bil elektrik rumah ni kang.
huhuhu...bil api umah i naik gila...sebab dok pasang air cond malam2...mmg panas kan!
ReplyDeleteMemang selimut tak laku memalam sekarang ni ST, tolak tepi terus. suami Yani tidur berlenging, tu pun boleh rasa dia berpeluh masa tidur. Siap dia bangun gi basahkan badan dengan air sebelum tidur balik...hangat!
DeleteMelaka tak hujan langsung eh?
ReplyDeleteKL ni tetiap ptg juga hujan. Alhamdulillah lah..
Tapi, tetap la kepanasan. Opis pun panas smpai gado2 ngan bos suh turunkan temp econ tu.
Hujan tu hujan juga KekDa, tapi boleh bilang dengan sebelah jari kekerapan hujan turun. Malam tadi suami Yani request nak tidur dalam bilik beraircond, kesian la pulak.....dah dekat seminggu tidur berpanas pakai kipas....lagipun malam Jumaat kan? Kih kih kih.....
DeleteHaippp....apa ni ngintai orang dalam bilik air ? hihihi...Kat KL petang-petang hujan...tapi tghari panas jugakk...
ReplyDeleteDah takde privasi kat rumah ni Ros...mandi pun kena ngintai. Pastu buat muka blur2....geram je tengok. Melaka ni jarang hujan, nasib 8.30-5.30 hari bekerja duduk dalam opis beraircond..tak terasa sgt..tengahari je la time lunch rasa panas bahang.
Delete