08 January 2016

Simpanan Emas Demi Masa Depan

8 Januari 2016.

Betullah kata orang; bila mula menyimpan emas dalam tangan, aura emas tu memang luar biasa.

Aku mula berjinak-jinak dengan simpanan emas sejak bulan Oktober 2015 lepas melalui kawan sama bidang kerja. Owh ye, aku bukan jenis orang yang suka membeli barang kemas untuk perhiasan diri. Selama usia mencecah 33 tahun ni, barang kemas yang ada hanyalah seutas rantai emas yang arwah Mak belikan, 3 bentuk cincin emas yang suami belikan masa merisik, bertunang dan bernikah serta seutas gelang emas yang suami belikan untuk upacara membatal air sembahyang.

Bila dijemput ke dalam group whatsapp celik emas, alhamdulillah banyak ilmu yang dapat dipelajari tentang keistimewaan simpanan emas; sama ada dalam bentuk syiling emas, dinar emas, goldbar dan juga barang kemas. 

Aim aku sekarang adalah nak mengumpul simpanan emas sedikit demi sedikit; 1gram 1 bulan. Lagi satu, lebih puas hati bila kita dapat simpan sendiri emas fizikal (emas yang boleh dipegang sendiri). InshaAllah boleh dicapai, dan memang dah niat nak jadi salah seorang pembayar zakat emas suatu hari nanti....semoga Allah SWT redha dan bantu niat aku yang satu ini, amin ya rabbal alamin.


EMAS

Terdapat 2 keadaan untuk pembayaran zakat emas.

· Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak dipakai (disimpan sahaja) wajib dikeluarkan zakat apabila mencukupi atau melebihi kadar nisab (85 gram) nilai emas, maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh : emas yang disimpan bernilai RM 10,000 (nilai emas semasa) x 2.5% (kadar zakat)= RM250.00 (zakat wajib dibayar)

· Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 165 gram.

Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 10,000, maka zakatnya ialah sebanyak:
RM10,000 X 2.5% = RM 250.

Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)