06 July 2015

Nasi Beriani, Kari Ayam, Rambutan dan Durian

6 Julai 2015.

Kan semalam balik Seremban berbuka dengan keluarga mertua? Awal pagi lepas bersahur mak mertua dah call tanya jadi balik ke tidak hari ni (which is semalam la), suami kata jadi. Mak mertua kata hari ni nak masakkan nasi beriani....aku terus cakap "wow!". Huhuhu...bertuah punye menantu kan?

On the way balik, singgah la beli kuih pulut panggang popular di Simpang Ampat tu untuk menu tambahan. Beli juga dua jenis lagi kuih; kuih abuk-abuk dan kuih bakar daging. Sampai je Seremban, solat Zohor lepas tu terlepek tertidur.....panas betul cuaca sekarang ni. Terbangun dengan keadaan bertelekung lagi. Lepas solat Asar, turun ke bawah tolong hidang apa yang patut. Tengok-tengok atas meja dah terhidang durian siap kopek. Berbuka dengan durian ke? 

Kebetulan buah durian dan rambutan keluarga mertua mengeluarkan hasilnya, dapat lah merasa masa bulan puasa ni. Masa nak gerak balik ke Melaka lepas solat Isyak, mak mertua bekalkan nasi beriani, kuah kari ayam, rambutan dan 2 biji buah durian. Dari Seremban ke Melaka, sepanjang perjalanan di highway suami turunkan cermin kereta.....suami isteri dah pening kepala dengan bau durian semerbak dalam kereta. Hahaha....dalam hati dok berdoa, cepatlah sampai, cepatlah sampai...

P/s: So, lauk berbuka petang ni dah lepas dah...panaskan balik nasi beriani dan kuah kari ayam, cuma suami request buatkan dia telur dadar, dan aku nak tambah sambal terung. Tak sabar nak kopek buah durian lepas berbuka nanti....

8 comments:

  1. Akk pun balik kampung..bawak durian yang siap kopek dah. Buh dalam tupperware, letak kat boot ja. Pun berbau keta.. aduyai nya pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha....kan? Durian yang bawak balik semalam mertua dah siap bungkus dengan surat khabar tebal-tebal, pastu bungkus plak dengan guni.....2 biji je pun tapi bau dia?! Hoi...nasib x muntah belahak tepi highway semalam...ni kalau dah siap-siap kopek malam ni, memang masuk bekas bertutup pastu letak dlm fridge kat belah dapur basah. Nasib baik fridge ada dua...kalau tak, mau pening pale setiap kali buka fridge...

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehhe...sedap tapi risau plak panas badan time puasa ni. Nk togok air putih banyak2 tak bleh plak..

      Delete
  3. sedapnye durian!!! baru minggu lepas mkn, opis buat buka posa n makan durian skali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang Yani tak boleh terima idea orang boleh berbuka dengan durian....tu yg terkujat bila mertua hidangkan durian time berbuka..dah lepas berbuka after 10-20 minit baru berani jamah sikit.

      Delete
  4. semalam i buka puasa mkn 2 bijik doyan sorang!..haha..sedapnyaa..yani tak try ke petua mcm kat fb tu...cucu tangkai durian tu dekat ekon kete

    ReplyDelete
    Replies
    1. MTB...huhuhu, ni tadi lepas berbuka minta suami kopekkan sehiji durian makan berdua..terus tergolek sampai kul 2 pagi...kepala jadi berat. Adoii laa...

      Bab petua tu tak dan nak buat sebab kelam kabut nak balik Melaka malam semalam juga sebab hari ni kerja...inshaAllah lenkali boleh cuba petua tu..

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)