12 July 2015

Dilema Balik Raya 2015


12 Julai 2015.

Hari ni, dok berkemas luar dan dalam rumah. Tak de la besar-besaran pun, kebetulan semalam ada minta suami adik sedara datang mesinkan rumput sekeliling rumah sebelum raya. Rumput dah naik tinggi dah, sakit pulak mata nengok. Nasib baik suami adik sedara free belah pagi ni.

Basuh langsir yang gantung di pintu nak menghala ke dapur dari ruang tengah rumah. Itu pun pasal dak Tiger dah pancut kat langsir tu. Tanda kawasan plak dia ni. Haish...

Kan tahun ni giliran beraya di belah suami kat Seremban. Aku mohon cuti dari Rabu sampai Isnin depan (Raya ke-4). Planningnya nak bergerak balik Seremban Rabu tengahari atau petang. Dah bincang dengan adik beradik nak berkumpul sama-sama hari raya ke-3, Ahad. Buat makan-makan lepas tu raya ke-4 berjalan ke rumah saudara mara belah arwah Mak dan Abah.

Dah tu dok terfikir balik, lama plak tinggalkan anak-anak aku kat sini? Kesian pula nak letak dalam sangkar kat luar rumah sampai 4-5 hari. Sangkar tu bukan luas pun, masing-masing dah besar. Bekas air minum, bekas makanan dan tempat berak dah penuh ruang bawah sangkar. Sekarang kan musim panas? Kesian masing-masing terjelir lidah kepanasan duduk berhimpit tak selesa.


Cakap kat suami, kesian la tinggal diorunk lama-lama. Tak kan nak ulang balik Melaka selang 2 hari pulak? Last-last lepas bincang, ambil keputusan tempat anak-anak semua kat dalam dapur belah luar ni.

Senang sikit nak letak bekas makan, bekas minuman dan tempat berak. Lagipun luas sikit ruang untuk diorunk bebas bergerak dan pilih tempat tidur. Nanti balik Melaka, cepat-cepat kemaskan dapur belakang sebelum adik beradik sampai, kemudian pindahkan anak-anak ni ke sangkar luar semula buat sementara waktu. Tiada istilah tinggalkan anak-anak aku kat hotel kucing. Diorunk tak biasa dengan orang luar. Lagipun mahal kot nak letak diorunk kat hotel kucing. Lagi selesa duduk kat rumah sendiri.


Ni batch-batch anak kucing yang terkini. Tengah lincah bermain. Yang bawah 1-2 bulan ada 9 ekor.

2 comments:

  1. bestnya ada dapur luar, kalo masak x la bau masakn masuk dlm umah eh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. arwah mak dulu buat dapur luar untuk tempatkan periuk belanga, sekarang anak gunakan untuk letak anak-anak kucing...hehehheh~

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)