17 April 2015

Majalah iSihat Mei 2015 : Sahabat TTC Wani Ardy


17 April 2015.

Menarik dalam majalah iSihat Mei 2015 ; tajuk "Doktor, mana RAHIM saya?". Kebetulan rehat tengahari tadi lepas makan dengan kawan, seperti biasa aku singgah kedai buku dan nampak majalah ini sudah keluar dipasaran. Tak sangka cerita sahabat TTC, Wani Ardy dipaparkan kali ini. Aku mengetahui kisah Wani Ardy melalui pembacaan hasil perkongsian oleh rakan TTC juga, iaitu JayFarhana. Beliau diduga dengan "Rokitansky Syndrome" @ lahir tanpa organ rahim, lebih hebat dugaan hidupnya. Pinjam semangat Wani Ardy, jika dia boleh setabah dan sekuat ini...kenapa tidak aku?

 Mohon baca dan fahami perasaan kami yang diduga dengan bermacam ujian dalam usaha bergelar seorang "ibu/emak/ummi/mama" ini.


2 comments:

  1. Saya ada seorang sahabat yg ada masalah yang sama. Alhamdulillah mcm wani juga, dia bahagia dengan ank angkat nya kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....Allah beri rezeki zuriat dengan caraNya yang tersendiri kan?

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)