21 Februari 2015.
Hari kedua dan terakhir bersenam di sini dengan suami. Kali ni lebih santai sebab fokus nak menikmati suasana kat sekitar tasik ni.
Semalam jalan-jalan, tapi hari ni baru perasan papan tanda menarik ni. Banyak juga fasiliti yang disediakan oleh IJM Land untuk kemudahan awam di sekitar tasik. Jadi tak bosan dan boleh buat macam-macam aktiviti.
Bila ternampak amoi sorunk tu buat step yoga kat kawasan rehat berstruktur kayu, jadi teringin pula nak buat step yang lebih kurang sama; lenturan badan ala gimnastik. Dulu masa darjah 4 dan 5 kat sekolah memang masuk aktiviti gimnastik. Jangan tak percaya, dulu sebelum datang bulan (darjah 6) badan ai ni kurus sekeping. Lepas datang bula, selera makan membuak-buak...terus bam-bam sampai sekarang.
Jadinya, hanya dua tiga step gimnastik je yang mampu/larat buat sampai sekarang. Yang lain jangan buat pasal suka-suka nak cuba, ada yang patah riuk dibuatnya...huhuhu!
wahhhhh..boleh lentur!! hihihihi kita nan boleh! hhaahahahahaha
ReplyDeleteLentur yang tak bleh bertahan lama....berpinau mata sebab darah turun ke kepala plak...hehe...
DeleteSeriously memang respect and salute pada siapa-siapa yang boleh lenturkan badan macam tu.. Kita yang tengok ni pula rasa sakit pinggang..hehehe
ReplyDeleteHehe...buat sambil tahan sakit la tu...tak bertahan lama pun. Mengigil juga sementara suami snap gambar ni... ;)
Deletefuiyo...terrornya....kalau saya mau patah dua nih ..hihi
ReplyDeleteAla MB...boleh je buat, cuma part tangan dan kaki kena kuat la sikit. Takut badan melonjak ke depan.
Deletewahhh cayok cayok yani....terus rasa semangat nak bersenam jugak
ReplyDeleteIni setakat cukup syarat je Karbie...asal rasa badan dah berat sikit je, mula la mengagau exercise pagi petang. Pastu lupa diri balik...makan ikut tekak je...
Delete