13 November 2014

Majalah Galeri Ilmu Dan Buku Terbaharu UKE

13 November 2014.

Haritu hujung bulan Oktober 2014, Galeri Ilmu ada buat promosi di FB dia pasal buku-buku keluaran Galeri Ilmu. Antaranya, promosi pembelian 3 buah buku ASUH, ANIS dan Q&A berjumlah RM17 tanpa kos penghantaran. Satu lagi, ada promosi pre-order buku-buku terbaharu Ustaz Kazim Elias (UKE) iaitu Dari Denai Kampung Ke Pentas Dakwah dan Cuit-Cuit Ustaz Kazim dengan potongan harga yang menarik.


Disebabkan aku malas nak pergi beli majalah ANIS dan ASUH kat kedai buku macam selalu, aku belilah secara online. Majalah Q&A aku belum pernah beli untuk koleksi. Oleh kerana buku-buku UKE tu pre-order, makan masa sedikit untuk sampai sebab masih dalam proses cetakan. Tapi alhamdulillah, bila buku-buku tu dah sampai semalam, aku tengok bahagian dalam buku ada tandatangan khas UKE. Seronoknya!

 Lepas ni, buku-buku dan majalah ni akan jadi peneman setia dalam kereta aku setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)