07 July 2014

Terbaik La JPJ Melaka


7 Julai 2014.

Entah macam mana pagi tadi masa tengah memandu boleh tergerak hati nak semak lesen memandu.
Rasa-rasa macam renew setiap 2 tahun, tapi tak ingat last tahun bila.
Sekali hambik ko, dah hampir dua minggu lesen mati, selamba je drive ke sana ke sini, sedangkan ada je bertembung dengan roadblock; contoh malam tadi tapi nasib baik suami yang drive.

Kecut perut juga la bila tahu lesen dah mati. Tetiba je rasa macam diri ni penjenayah.
Tak boleh jadi ni, kena pergi renew gak lesen sepantas kilat.
Lepas perhimpunan bulanan kerajaan negeri, terus ke JPJ Melaka sekejap.
Eh, memang betul-betul sekejap, tak sempat panas kerusi dah selesai.
Kurang dalam 5 minit, sedangkan masa tu boleh tahan ramai juga orang yang datang berurusan di kaunter JPJ.

Dah selesai tu, boleh la keluar dengan kembang hidung dan tak rasa risau (plus macam orang bersalah!) lagi dah. Huhuhu.....Lesen baru JPJ keluarkan dalam versi kad keras macam kad pengenalan, dah tak lembik-lembik macam dulu. Best!

4 comments:

  1. baguskan kalau dapat servis yang laju macam tu ...tak payah la nak berjam tunggu ..pastu kad tu pun on the spot dapat ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la, sebelum sampai memang dah doa banyak2 pada Allah, supaya dipermudahkan urusan dan dapat balik opis segera. Officer JPJ kat kaunter pun pagi ni mood ok2, senyum je muka...tak de la gemuruh sangat...

      Delete
  2. Terbaik betul..kalau ada kotak cadangan boleh dah tu nak bg komen positif..sajalah..tanda penghargaan dari pelanggan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...betul tu...seronok kalau khidmat kaunter cepat mcm ni, jadi no point nak smash government servis ....

      Delete

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)